Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773893
Title: Pertukaran agama dan murtad di kalangan orang-orang Cina di Malaysia: isu dan cabaran perundangan
Authors: Dina Imam Supaat
Abidah Abdul Ghafar
Abdul Manan Ismail
Conference Name: Seminar Kebangsaan Masyarakat Cina dan Perkembangan Islam di Malaysia
Keywords: Gerakan dakwah
Kaum Cina
Agama Islam
Conference Date: 2004-10-05
Conference Location: Hotel Equatorial, Bandar Baru Bangi
Abstract: Gerakan dakwah di kalangan orang Cina telah menarik perhatian mereka untuk bertukar agama dan memeluk agama Islam. Bilangan orang Cina yang memeluk agama Islam di Wilayah Persekutuan dari tahun 1995 hingga 2002 membentuk hampir 30% dari keseluruhan jumlah orang yang memeluk Islam mengikut pecahan kaum. Pertukaran kepada agama Islam telah menimbulkan konflik perundangan dan mendatangkan persoalan tentang undang-undang diri (personal law) individu tersebut serta beberapa isu lain termasuklah kedudukan perkahwinan, hak penjagaan anak, tanggungjawab terhadap bekas isteri atau tuntutan bekas suami serta persoalan hatia. Di samping memeluk agama Islam terdapat juga beberapa kes yang membicarakan kemurtadan seseorang Cina yang telah memeluk Islam dan ini telah menimbulkan isu-isu lain pula seperti kedudukan sebenar agama yang dianuti ketika mati, tuntutan ke atas harta dan estet dan beberapa isu lain: Kertas ini bertujuan untuk mengupas beberapa isu undang-undang dan persoalan utama yang berkait rapat ciengan individu atau kaum Cina yang memeluk Islam dan kesan pertukaran agama itu terhadap perkara berkaitan serta isu murtad semula di kalangan saudara barn yang bo]eh menimbulkan beberapa pertelingkahan dan tuntutan undang-undang. Antara isu yang akan dibincangkan secara khusus ialah kedudukan sesuatu perkahwinan pasangan Cina apabila salah satu pasangan memeluk agama Islam atau jika keduanya memeluk agama Islam. Persoalan lain yang timbul ialah hak untuk menuntut penjagaan anak dan adakah seorang suami yang memeluk Islam terlepas dari tanggungjawab membe1i nafkah kepada anak dan isterinya. Bagairnana pula kedudukan seorang isteri yang merneluk agama Islam dengan tidak disertai oleh suami, adakah dia rnempunyai hak untuk rnenuntut harta yang diperolehi secara bersama dengan bekas suaminya dan adakah si isteri mernpunyai hak yang lebih untuk menuntut penjagaan anak? Persoalan dan isu-isu ini akan dibahaskan secara klmsus dengan merujuk kepada enakmen perundangan Islam dan pendapat mazhab. Kertas ini juga akan rnemfokuskan tentang kedudukan saudara baru di kalangan kaum Cina yang murtad dan kedudukan mereka dari segi perundangan yang berkaitan. Dalam beberapa kes tirnbul masalah tuntutan harta dan sekiranya dia meninggal dunia timbul pula tuntutan pihak-pihak yang bertelingkah kerana mahu menguruskan si mati rnengikut ajaran Islam atau rnengikut agamanya sebelum dia merneluk Islam. Kes-kes yang telah diputuskan di mahkarmah akan membantu menjeiaskan kedudukan perundangan isu-isu yang dibangkitkan.
Pages: 1-21
Call Number: BP170.85.S476 2004 sem
Publisher: Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Kolej Universiti Islam Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.