Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773816
Title: | Pendekatan Islam Hadhari di Malaysia: setakat mana kefahaman rakyat Malaysia? |
Authors: | Mohamad Faisol Keling Mohamed Mustafa Ishak Syamsul Anuar Ismail Mohd Dino Khairri Shariffuddin, , Md. Shukri Shuib Mohamad Khadafi Rofie |
Conference Name: | The 6th International Malaysian Studies Conference |
Keywords: | Peradaban Islam Pembangunan insan |
Conference Date: | 2008-08-05 |
Conference Location: | Kuching, Sarawak |
Abstract: | Konsep Islam Hadhari yang digagaskan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan suatu pendekatan yang memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban berasaskan kepada pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal. Setelah empat tahun diperkenalkan, timbul persoalan adakah rakyat Malaysia benar-benar dapat menerima pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh kerajaan hari ini? Dan sejauh manakah pula sumber maklumat, pengetahuan, kefahaman, reaksi, dan pembolehubah demografi yang lain seperti umur, jantina, etnik, tahap pendidikan, sektor pekerjaan, pendapatan dan kawasan kediaman mempengaruhi penerimaan rakyat Malaysia terhadap gagasan Islam Hadhari? Hasil tinjauan yang dijalankan ke atas 2,168 orang responden dari pelbagai strata sosial di seluruh negara mendapati faktor kefahaman, reaksi, dan sumber maklumat, merupakan peramal yang signifikan kepada penerimaan rakyat terhadap gagasan Islam Hadhari. Berdasarkan kepada dapatan kajian, beberapa cadangan dan syor untuk meningkatkan tahap penerimaan rakyat terhadap Islam Hadhari turut dikemukakan. |
Pages: | 109 |
Call Number: | LA1236.I554 2008 sem |
Publisher: | Persatuan Sains Sosial Malaysia |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.