Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773805
Title: Identiti Islam dalam manifestasi sikap tolerasi beragama
Authors: Jaffary Awang
Conference Name: The 6th International Malaysian Studies Conference
Keywords: Toleransi
Kebebasan beragama
Conference Date: 2008-08-05
Conference Location: Kuching, Sarawak
Abstract: Pembentukan identiti Islam melibatkan antaranya faktor pengetahuan atau epistemologi, interaksi sosial, persekitaran, polisi pemerintah dan keluarga. Prosesnya pula berlaku secara evolusi dan berperingkat-peringkat walaupun terdapat juga kekadangnya ada elemen yang mempercepatkan. Dalam membincangkan hubungan antara faktor-faktor tersebut, kertas kerja ini akan menganalisis bagaimana elemen pengetahuan, interaksi sosial dan persekitaran dimanisfestasikan dalam responden menterjemahkan konsep toleransi beragama. Perbincangan ini adalah hasil kajian yang dijalankan di kalangan responden mahasiswa di empat buah lnstitusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia. Pendekatan yang digunakan adalah berdasarkan kepada soal selidik yang diedarkan di kalangan 1213 responden yang terdiri dari pelbagai etnik dan agama. Untuk perbincangan di sini, penulis akan menumpukan kepada kalangan responden Melayu yang meliputi 30% dari jumlah responden. Di samping pendekatan soal selidik. pendekatan secara kajian literatur juga diguna pakai dalam membina konsep dan membandingkan dengan dapatan lain bagi memantapkan perbincangan. Secara khusus perbincangan akan ditumpukan kepada aspek sejauhmana kefahaman agama responden mempengaruhi pola toleransi beragama. Seterusnya manisfestasi identiti Islam dalam pola pergaulan responden yang diterjemahkan dalam konteks interaksi sosial mereka semasa di kampus. lni dikuti elemen persekitaran yang mempengaruhi pola kehidupan dan pemikiran responden dalam menentukan pembentukan identiti Islam mereka. Kertas kerja ini merumuskan, persoalan identiti Islam di kalangan responden Melayu adalah gabungan antara faktor pengetahuan, interaksi dan persekitaran.
Pages: 107
Call Number: LA1236.I554 2008 sem
Publisher: Persatuan Sains Sosial Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.