Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773295
Title: Penerapan budaya pertanian dalam kalangan pelajar menggunakan pantun
Authors: Ahmad Fuad Mat Hassan
Zaitul Azma Zainon Hamzah
Nur Sabrina Ahmad Azmi
Conference Name: The 6th International Malaysian Studies Conference
Keywords: Sektor pertanian
Institusi pengajian tinggi (IPT)
Conference Date: 2008-08-05
Conference Location: Kuching, Sarawak
Abstract: Pembangunan sektor pertanian dalam tempoh lima tahun akan datang akan ditumpukan kepada pembangunan pertanian baru. Dalam kata lain, teras dasar sektor pertanian secara keseluruhan akan ditumpukan kepada usaha orientasi semula sektor ini ke arah pengkomersilan yang lebih luas dan melahirkan petani berpendapatan tinggi. Namun penghijrahan buruh muda daripada sektor pertanian ke sektor bukan pertanian telah mengakibatkan ramai petani kini terdiri daripada golongan yang lanjut usia. Sehubungan itu kajian ini dijalankan untuk mengetahui sejauh manakah golongan pelajar IPT awam berminat dalam dalam bidang pertanian. Adakah mereka mengamalkan budaya pertanian dalam hidup mereka? Justeru kertas kerja ini akan membincangkan minat pelajar UPM dalam bidang pertanian dan pengetahuan mereka tentang pantun yang mengandungi mesej pertanian. Sampel adalah dipilih secara rawak berlapis dalam kalangan pelajar di enam buah fakulti sains sosial di UPM. Data kajian dikumpul menggunakan soal selidik dan temu bual, dan dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif.
Pages: 103
Call Number: LA1236.I554 2008 sem
Publisher: Persatuan Sains Sosial Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.