Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773293
Title: Pelaburan terus asing dan transformasi landskap ekonomi
Authors: Nooriah Yusof
Tarmiji Masron
Conference Name: The 6th International Malaysian Studies Conference
Keywords: Pelaburan asing
Perindustrian
Conference Date: 2008-08-05
Conference Location: Kuching, Sarawak
Abstract: Strategi perindustrian di Malaysia mula dipergiatkan selepas negara mencapai kemerdekaan dan sekarang ini masih kekal menjadi aktiviti tumpuan dalam usaha menuju ke arah negara perindustrian maju menjelang tahun 2020. Selepas tahun 1968, apabila Akta Galakan Pelaburan diperkenalkan dengan tumpuan kepada pembangunan industri berorientasikan eksport, Zon Perdagangan Bebas (Zon Perindustrian Bebas) telah dibina di beberapa lokasi di negara ini untuk menarik pelaburan terus asing. Pelaburan terus asing telah memainkan peranan penting sejak lebih 3 dekad lalu dalam proses industrialisasi di negara ini. Pelaburan asing ini bukan sahaja memberi sumbangan kepada KDNK negara dan kewujudan banyak peluang pekerjaan tetapi juga memainkan peranan penting dalam pembangunan wilayah-wilayah tertentu di negara ini. Didapati negeri-negeri yang menjadi tumpuan pelaburan asing seperti Selangor, Johar dan Pulau Pinang memperlihatkan pertumbuhan sektor perindustrian pembuatan yang memberangsangkan dan merupakan negeri-negeri yang lebih maju jika dibandingkan dengan negeri lain di Malaysia. Kertas kerja ini akan mengupas dan membincangkan peranan dan sumbangan pelaburan terus asing dalam sektor perindustrian pembuatan di Malaysia dan sejauhmana modal asing ini telah membawa transformasi landskap ekonomi di negara ini.
Pages: 102
Call Number: LA1236.I554 2008 sem
Publisher: Persatuan Sains Sosial Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.