Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773289
Title: Indeks pembangunan masyarakat global bermaklumat pasca bandar pintar
Authors: Jalaluddin Abdul Malek
Conference Name: The 6th International Malaysian Studies Conference
Keywords: Bandar pintar
Pembangunan bandar
Conference Date: 2008-08-05
Conference Location: Kuching, Sarawak
Abstract: lndeks pembangunan masyarakat global bermaklumat (MGB) merupakan metod analisis untuk melihat kemajuan masyarakat yang mendiami bandar pintar. Dari segi metod pemahamannya, pembangunan bandar pintar di Malaysia khususnya di Putrajaya dan Subang Jaya mestilah bersama-sama membangunkan penduduk menjadi MGB. Berdasarkan etiks deontologikal, proses pembangunan bandar pintar dan MGB mestilah memberi faedah maksimum kepada majoriti penduduk sama ada dari segi hardware dan software nya. Kemajuan MGB menjadi sangat penting sebagai hala tuju menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020. Sehubungan itu kaedah analisis indeks kumulatif pembangunan MGB telah digunakan dalam kajian ini sebagai kaedah mengukur kemajuan MGB. Sebagai sampel kajian, 124 keluarga kelas menengah di bandar pintar Putrajaya dan 127 keluarga kelas menengah di smart city Subang Jaya telah dipilih sebagai responden kajian untuk mengukur indeks pembangunan MGB. Pemboleh ubah-pemboleh ubah yang digunakan untuk mengukur indeks pembangunan MGB ialah terangkum di bawah komponen iaitu kebolehan dan keupayaan manusia (humanware), komponen pengurusan dan penyelenggaraan maklumat (inforware), komponen hakmilik dan kepenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi - ICT (Technoware) serta komponen nilai guna ICT dan etiks siber (Valueware). Skala indeks pembangunan MGB yang digunakan ialah mengguna skala Rogers iaitu pada tahap inovasi, penerima awal, majoriti awal, majoriti akhir dan ketinggalan. Hasil analisis mendapati penduduk di kedua-dua bandar hanya mencapai kemajuan MGB pada skala penerima awal, majoriti awal dan majoriti akhir. lni bermakna tidak terdapat penduduk di kedua-dua bandar yang mencapai kemajuan MGB pada skala inovasi atau ketinggalan.
Pages: 101
Call Number: LA1236.I554 2008 sem
Publisher: Persatuan Sains Sosial Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.