Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773281
Title: | Mobiliti pelaburan asing dan insiden pengangguran Malaysia |
Authors: | Nanthakumar Loganathan Noris Fatilla Ismail Muhammad Najit Sukemi |
Conference Name: | The 6th International Malaysian Studies Conference |
Keywords: | Pengangguran -- Malaysia Ekonomi Malaysia |
Conference Date: | 2008-08-05 |
Conference Location: | Kuching, Sarawak |
Abstract: | Pelbagai kemajuan telah dikecap Malaysia di persada antarabangsa sepanjang tempoh 50 tahun mencapai kemerdekaan. Kejayaan ekonomi Malaysia turut dipengaruhi aliran mobiliti pelaburan asing, khususnya dari kalangan negara-negara maju. Sungguhpun saban tahun perkembangan ekonomi Malaysia menampakkan perkembangan yang positif dengan disokong pelbagai dasar kerajaan, namun isu pengangguran seolah-olah menjadi barah yang tiada jalan penyelesaian dan kerap menjadi tanda tanya rakyat. Sehubungan dengan itu, kajian ini cuba mengupas perkaitan di antara mobiliti pelaburan asing dan insiden pengangguran di Malaysia bagi mendedahkan kemampuan sebenar mobiliti pelaburan dalam mengawal insiden pengangguran di Malaysia. Bagi memperoleh keputusan yang menyeluruh, kajian ini mengadaptasikan model vektor auto -regresif (VAR) bagi menilai kesan jangka panjang mobiliti pelaburan asing dan insiden pengangguran di Malaysia. Penemuan kajian ini membuktikan bahawa mobiliti pelaburan asing secara tidak langsung telah membuka pelbagai peluang pekerjaan melalui pelancaran pelbagai dasar nasional sebagai langkah galakan pelaburan asing, khususnya dari negara Jepun, Amerika Syarikat serta Singapura. Namun, keadaan berkenaan tidak kekal lama kerana corak mobiliti pelaburan asing menjelang tahun 2000 lebih berintensif pelaburan robotik dan perkembangan elemen teknologi telah membantutkan penciptaan peluang pekerjaan yang lebih luas kerana teknologi menjadi obsesi terhadap keupayaan tenaga buruh tempatan. lmplikasinya, Malaysia terpaksa mengharungi 'insiden pengangguran robotik'_ Sehubungan itu, dasar serta polisi baru harus digubal khusus bagi mengimbangi mobiliti pelaburan asing yang mampu mencipta peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia dalam pelbagai sektor ekonomi pada masa-masa mendatang. |
Pages: | 99 |
Call Number: | LA1236.I554 2008 sem |
Publisher: | Persatuan Sains Sosial Malaysia |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.