Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772907
Title: | Nilai terhadap ICT di kalangan belia orang asli pinggir bandar Selangor |
Authors: | Sarjit Singh Gill Asnarulkhadi Abu Samah Ma'rof Redzuan Nobaya Ahmad Haslinda Abdullah Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail Amri Jamil |
Conference Name: | The 6th International Malaysian Studies Conference |
Keywords: | Jurang digital Teknologi maklumat Belia |
Conference Date: | 2008-08-05 |
Conference Location: | Kuching, Sarawak |
Abstract: | Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha memastikan rakyat Malaysia maju dan mampu bersaing dengan masyarakat global dengan memperkenalkan pengetahuan ICT. Dalam hal ini belia Orang Asli juga mendapat tumpuan khas dalam pendidikan ICT. Sebelum ini wujud jurang digital yang meluas dalam masyarakat Orang Asli sehingga mereka ketinggalan dari arus pembangunan negara. Kajian ini mengkaji pengetahuan ICT di kalangan belia Orang Asli termasuklah kefahaman, penggunaan, dorongan, halangan dan persepsi terhadap pengetahuan ICT. Kajian ini melibatkan 480 belia Orang Asli yang tinggal di pinggir bandar. Hasil kajian menunjukkan belia Orang Asli mempunyai kefahaman yang baik tentang pengetahuan ICT. Mereka turut menggunakan aplikasi ICT sebagaimana masyarakat lain atas dorongan kemahuan untuk maju, mendapatkan maklumat, keperluan dalam hidup dan keperluan untuk berhibur. Namun antara halangan besar yang dihadapi oleh belia Orang Asli dalam menggunakan ICT ialah masalah kewangan dan kemudahan infrastruktur yang terbatas disediakan di kawasan penempatan mereka. Waiau bagaimanapun, belia Orang Asli mampu maju seperti masyarakat lain sekiranya pihak kerajaan komited dalam membantu mengatasi masalah kewangan dan menyediakan kemudahan yang bertepatan kepada belia Orang Asli. |
Pages: | 92-93 |
Call Number: | LA1236.I554 2008 sem |
Publisher: | Persatuan Sains Sosial Malaysia |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.