Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772892
Title: Kesedaran pekerja dan majikan dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
Authors: Syamsyihana Ghazali
Haslinda Abdullah
Conference Name: The 6th International Malaysian Studies Conference
Keywords: Keselamatan dan kesihatan pekerjaan
Pengurusan organisasi
Conference Date: 2008-08-05
Conference Location: Kuching, Sarawak
Abstract: Kertas kerja ini akan membincangkan kesedaran majikan dan pekerja terhadap pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kesedaran majikan dan pekerja terhadap kewajipan mereka ketika menjalankan tugas adalah penting untuk mengurangkan kadar kemalangan industri di negara ini. lni kerana, faktor kemanusiaan merupakan faktoryang kerap dikaitkan dengan kemalangan industri. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan terdapat perkaitan songsang di antara tahap kesedaran perkerja terhadap isu keselamatan di tempat kerja dengan tahap keselamatan di tempat kerja iaitu r=-0.548**. Walaupun tahap kesedaran pekerja adalah tinggi namun hasil kajian menunjukkan tahap keselamatan di tempat kerja adalah rendah. lni kerana, para pekerja tidak mempraktikan pengetahuan yang ada berkaitan kewajipan mereka di tempat kerja selain ketiadaan unsur-unsur keselamatan yang kurang dititikberatkan oleh pihak majikan dan para pekerja·. Kemalangan industri seringkali berpunca daripada perbuatan atau perlakuan manusia di mana ia sukar untuk diatasi. la memerlukan kesedaran yang optimum dan tahap kepekaan yang tinggi mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Perubahan yang drastik perlu dilakukan terhadap sikap dan budaya seseorang dalam menangani isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Seharusnya isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah tanggungjawab semua iaitu pekerja, majikan dan juga kerajaan. Justeru, kajian yang mendalam tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlu dijalankan kerana faktor ini mampu mengurangkan kadar kemalangan dan kecederaan di tempat kerja. Penguatkuasaan undang-undang dan pemantauan keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlu ditingkatkan untuk memastikan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan berada di tahap yang optimum.
Pages: 90
Call Number: LA1236.I554 2008 sem
Publisher: Persatuan Sains Sosial Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.