Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772634
Title: Kemahiran berfikir, personaliti dan gaya kognitif di kalangan pelajar dan pekerja dalam arus globalisasi
Authors: Rozainee Khairudin
Khairul Anwar Mastor
Zainah Ahmad Zamani
Editors: Nidzam Sulaiman
Nor Hashimah Jalaluddin
Conference Name: Prosiding Seminar Kebangsaan Arus Perdana II, Pembinaan Keupayaan Melayu Dalam Arus Globalisasi
Keywords: GEFT
NEO-PI
Kognitif
Conference Date: 2003-07-30
Conference Location: Pusat Komputer, UKM
Abstract: Kajian ini adalah berkaitan dengan tiga faktor pembangunan dan perkembangan manusia yang menyumbang kepada peningkatan keupayaan Melayu dalam mengharungi arus globalisasi. Faktor-faktor tersebut adalah kemahiran berfikir, stail kognitif dan personaliti individu, khususnya dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Kemahiran berfikir adalah pemikiran secara kritikal dalam hal penakulan serta pemikiran reflektif berfokuskan kepada pembuatan keputusan. Stail kognitif pula merujuk kepada cara atau stail individu memproses maklumat dalam mana terdapat dua kategori individu iaitufield-independent danfield-dependent. Personaliti individu dinilai daripada tret-tret yang menampilkan kualiti personaliti seseorang itu. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan tiga jenis soal selidik. Set masalah harian adalah bagi mengukur kemahiran berfikir subjek menyelesaikan masalah-masalah objektif, subjektif dan kebarangkalian. GEFT pula adalah alat yang menilai stail kognitif subjek. Manakala NEO-PI pula digunakan bagi mengukur Iima domain utama personaliti. Subjek-subjek kajian adalah pelajar-pelajar sekolah menengah, universiti dan golongan pekerja. Keputusan utama menunjukkan terdapat perbezaan signifikan di antara kemahiran berfikir dan etnik di mana kaum Cina adalah lebih tinggi tahap kemahiran berfikirnya daripada kaum Melayu. Terdapat hubungan signifikan di antara kemahiran berfikir secara keseluruhan dengan stail kognitif. Terdapat juga perbezaan signifikan antara jenis stail kognitif dengan kemahiran berfikir. Keputusan hubungan di antara personaliti dan kemahiran berfikir pula menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan antara jenis personaliti dengan kemahiran berfikir. Tetapi tiada perbezaan signifikan di antara etnik dan jenis personaliti. Berdasarkan data daripada kajian ini beberapa implikasi dibincangkan. Di antaranya adalah berkaitan dengan keupayaan Melayu menghadapi arus globalisasi dari segi penggunaan IT dan personaliti yang boleh menyumbang kepada dunia keusahawanan.
Pages: 306-341
Call Number: DS595.2.M3.S427 2003 sem
Publisher: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.