Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772592
Title: | Daya saing usahawan melayu dalam arus globalisasi |
Authors: | Rahmah Ismail Nor Aini Idris Mohd Nasir Mohd Saukani Noorasiah Sulaiman |
Editors: | Nidzam Sulaiman Nor Hashimah Jalaluddin |
Conference Name: | Prosiding Seminar Kebangsaan Arus Perdana II, Pembinaan Keupayaan Melayu Dalam Arus Globalisasi |
Keywords: | Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) Usahawan melayu |
Conference Date: | 2003-07-30 |
Conference Location: | Pusat Komputer, UKM |
Abstract: | Pencapaian matlamat kerajaan dalam mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) banyak bergantung kepada komitmen dan daya saing usahawan. Usahawan Melayu yang merupakan komponen terbesar kaum Bumiputera memainkan peranan yang sangat penting dalam merealisasikan hasrat kerajaan ini. Namun, sejarah dan kajian lepas telah menunjukkan pencapaian usahawan Melayu masih lagi rendah dan mereka berhadapan dengan berbagai masalah dan cabaran. Kajian ini memperdalami isu ini dengan menganalisis daya saing usahawan Melayu dalam berbagai aspek. Skop kajian ini merangkumi usahawan Melayu yang berdaftar dengan Dewan Pemiagaan Melayu Malaysia (DPMM) di seluruh Semenanjung Malaysia. Seramai 574 orang usahawan Melayu telah ditemubual pada tahun 2001/2002 yang merangkumi dua sektor, iaitu sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan. Dapatan kajian ini menunjukkan daya saing usahawan Melayu dalam ke empat-empat aspek yang dikaji, iaitu kewangan, sumber manusia, teknologi dan pemasaran secara keseluruhannya masih perlu diperbaiki. Namun demikian, terdapat beberapa industri yang telah berjaya mencapai tahap yang agak memuaskan. Selanjutnya kajian ini mendapati walaupun sikap dan persepsi usabawan Melayu agak baik, ia belum menyumbang secara positif kepada prestasi syarikat yang mereka miliki. Usahawan Melayu juga masih berhadapan dengan berbagai masalah terutamanya daripada segi kewangan, kemahiran buruh dan persaingan global. |
Pages: | 113-152 |
Call Number: | DS595.2.M3.S427 2003 sem |
Publisher: | Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.