Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772591
Title: Nilai keagamaan masyarakat melayu dalam arus globalisasi
Authors: Zakaria Stapa
Faudzinaim HJ. Badaruddin
Zainab Ismail
Mohd Zamro Muda
Roziah Sidik @ Mat Sidik
Editors: Nidzam Sulaiman
Nor Hashimah Jalaluddin
Conference Name: Prosiding Seminar Kebangsaan Arus Perdana II, Pembinaan Keupayaan Melayu Dalam Arus Globalisasi
Keywords: Islam
Sejarah
Masyarakat melayu
Conference Date: 2003-07-30
Conference Location: Pusat Komputer, UKM
Abstract: Perkembangan Islam dalam tradisi kehidupan dan budaya Melayu berlaku secara sistematik. Sejarah menunjukkan agama Islam memainkan peranan yang eukup besar dalam membina keupayaan masyarakat Melayu. Bagaimanapun dalam arus globalisasi, apakah nilai keagamaan yang dipegang oleh masyarakat Melayu masih tepat dengan perspektif Islam? Apakah masyarakat Melayu mempunyai tafsiran agama yang menyeleweng daripada perspektif Islam? Dalam proses untuk menjayakan projek pembinaan keupayaan Melayu dalam arus globalisasi, kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk mengenal pasti nilai-nilai keagamaan yang menjadi pegangan masyarakat Melayu masa kini, mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi nilai-nilai keagamaan yang dipegang oleh masyarakat Melayu, mengukur sejauhmana impak globalisasi terhadap nilai-nilai keagamaan pegangan masyarakat Melayu clan mcncadangkan strategi clan pelan tindakan penerapan nilai keagamaan. Dari segi kaedah, kajian ini menggunakan tiga teknik pengumpulan data iaitu; (I) Soal selidik kepada 1500 orang pelajar Melayu yang sedang menuntut dalam tahun akhir sesi 2001/2002 di UKM, UM dart UIAM, (2) Temu bual tidak berstruktur dengan 33 orang informan yang bertugas sebagai imam, guru agama, kadi, pensyarah, pegawai hal ehwal Islam dan pendakwah di seluruh Malaysia dan (3) Pemerhatian terhadap nilai keagamaan yang dipegang oleh masyarakat Melayu dalan1 kehidupan seharian. Sampel pelajar dan informan dipilih seeara purposive. Data-data yang diperolehi dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS bagi mendapatkan taburan peratusan dan kekerapan, min, median, mode, korelasi product-moment dan regresi multiple linear. Hasil kajian menunjukkan majoriti daripada masyarakat Melayu mempunyai nilai keagamaan yang tinggi baik dari segi sosial, ekonomi atau politik. Ini menunjukkan nilai keagamaan masyarakat Melayu dalam arus globalisasi masih kukuh dan tidak terseleweng dari perspektif ajaran Islam. Ini membuktikan bahawa masyarakat Melayu mempunyai keupayaan yang tinggi untuk membawa perubahan dan mencorak masa depan negara walaupun mereka berada dalam arus globalisasi.
Pages: 82-112
Call Number: DS595.2.M3.S427 2003 sem
Publisher: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.