Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772429
Title: | Model swa pencegahan salah laku dalam persekitaran keselamatan siber : indeks kematangan dan modul jati diri |
Authors: | Muhammad Nuruddin Sudin (P83729) |
Supervisor: | Siti Norul Huda Abdullah, Prof. Madya. Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Computational intelligence |
Issue Date: | 28-Sep-2022 |
Abstract: | Remaja hari ini sering terdedah dengan ancaman baharu. Perkembangan teknologi sering disalahgunakan oleh remaja seperti mempelajari aktiviti salah laku. Hasilnya berlakunya peningkatan kes salah laku melibatkan para remaja walaupun pelbagai aktiviti pencegahan telah dijalankan. Penggunaan faktor dan permodelan remaja sebelum ini harus dikaji semula supaya kekal relevan khususnya melibatkan kesan dari perkembangan teknologi semasa. Sehubungan itu, penyelidikan terhadap faktor yang relevan dalam mempengaruhi remaja hari ini harus dikenal pasti dan aspek yang melibatkan perkembangan teknologi seperti penggunaan sosial media dan keselamatan siber turut disertakan. Perbincangan kumpulan berfokus (PKD) bersama 12 orang pakar yang terlibat secara langsung dengan golongan remaja diadakan bagi mendapatkan faktor yang terlibat. Antara faktor yang telah dikenal pasti ialah sistem kepercayaan, hubungan sosial, suri teladan, refleksi kendiri, teknologi, tadbir urus dan tingkah laku positif. Melalui PKD juga instrumen soal selidik telah diterbitkan dan disahkan bagi tujuan dapatan data responden. Sebanyak 455 responden telah dipilih secara rawak mewakili kumpulan bebas (KB) di lima buah sekolah yang diizinkan. Dengan menggunakan hasil dapatan data responden dan faktor sebagai konstruk dalam pembangunan model penyelidikan, setiap kekuatan hubungan kait antara konstruk diuji dan dianalisis secara empirikal dengan menggunakan pendekatan model persamaan berstruktur-kuasa dua terkecil separa (PLS-SEM). Konstruk tadbir urus digugurkan berikutan hasil pengujian yang tidak signifikan. Enam konstruk selebihnya digunakan dalam membentuk Model Swa Pencegahan Salah Laku yang mempunyai tahap ketepatan ramalan, R2 sebanyak 87%. Selain itu, model yang dibangunkan memberikan nilai pemberat bagi setiap hubung kait konstruk yang terlibat. Menggunakan kaedah penjanaan indeks dari kajian lepas dan nilai pemberat dalam model, satu persamaan indeks kematangan remaja telah diterbitkan. Penaksiran nilai indeks kematangan remaja ini terbahagi kepada tiga iaitu tinggi (>70%), sederhana (70% - 40%) dan rendah (<40%). Masing-masing mewakili gambaran tahap pemahaman semasa remaja dan cadangan tindakan yang boleh diambil. Antara cadangan tindakan yang boleh diambil ialah melaksanakan aktiviti modul intervensi. Proses pembaharuan kandungan modul merupakan perkara yang tidak asing bagi memastikan modul yang diajarkan kekal relevan. Sehubungan dengan itu, Modul Jati Diri telah dibangunkan dengan menggunakan konstruk dalam Model Swa Pencegahan Salah Laku sebagai kandungan utama. Hasilnya modul yang dibangunkan berupaya meningkatkan pemahaman remaja sebanyak 16% hingga 25%. |
Description: | Full-text |
Pages: | 322 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
MODEL SWA PENCEGAHAN SALAH LAKU DALAM PERSEKITARAN KESELAMATAN SIBER.pdf Restricted Access | Full-text | 61.94 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.