Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772429
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSiti Norul Huda Abdullah, Prof. Madya. Dr.en_US
dc.contributor.authorMuhammad Nuruddin Sudin (P83729)en_US
dc.date.accessioned2024-01-18T07:40:24Z-
dc.date.available2024-01-18T07:40:24Z-
dc.date.issued2022-09-28-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772429-
dc.descriptionFull-texten_US
dc.description.abstractRemaja hari ini sering terdedah dengan ancaman baharu. Perkembangan teknologi sering disalahgunakan oleh remaja seperti mempelajari aktiviti salah laku. Hasilnya berlakunya peningkatan kes salah laku melibatkan para remaja walaupun pelbagai aktiviti pencegahan telah dijalankan. Penggunaan faktor dan permodelan remaja sebelum ini harus dikaji semula supaya kekal relevan khususnya melibatkan kesan dari perkembangan teknologi semasa. Sehubungan itu, penyelidikan terhadap faktor yang relevan dalam mempengaruhi remaja hari ini harus dikenal pasti dan aspek yang melibatkan perkembangan teknologi seperti penggunaan sosial media dan keselamatan siber turut disertakan. Perbincangan kumpulan berfokus (PKD) bersama 12 orang pakar yang terlibat secara langsung dengan golongan remaja diadakan bagi mendapatkan faktor yang terlibat. Antara faktor yang telah dikenal pasti ialah sistem kepercayaan, hubungan sosial, suri teladan, refleksi kendiri, teknologi, tadbir urus dan tingkah laku positif. Melalui PKD juga instrumen soal selidik telah diterbitkan dan disahkan bagi tujuan dapatan data responden. Sebanyak 455 responden telah dipilih secara rawak mewakili kumpulan bebas (KB) di lima buah sekolah yang diizinkan. Dengan menggunakan hasil dapatan data responden dan faktor sebagai konstruk dalam pembangunan model penyelidikan, setiap kekuatan hubungan kait antara konstruk diuji dan dianalisis secara empirikal dengan menggunakan pendekatan model persamaan berstruktur-kuasa dua terkecil separa (PLS-SEM). Konstruk tadbir urus digugurkan berikutan hasil pengujian yang tidak signifikan. Enam konstruk selebihnya digunakan dalam membentuk Model Swa Pencegahan Salah Laku yang mempunyai tahap ketepatan ramalan, R2 sebanyak 87%. Selain itu, model yang dibangunkan memberikan nilai pemberat bagi setiap hubung kait konstruk yang terlibat. Menggunakan kaedah penjanaan indeks dari kajian lepas dan nilai pemberat dalam model, satu persamaan indeks kematangan remaja telah diterbitkan. Penaksiran nilai indeks kematangan remaja ini terbahagi kepada tiga iaitu tinggi (>70%), sederhana (70% - 40%) dan rendah (<40%). Masing-masing mewakili gambaran tahap pemahaman semasa remaja dan cadangan tindakan yang boleh diambil. Antara cadangan tindakan yang boleh diambil ialah melaksanakan aktiviti modul intervensi. Proses pembaharuan kandungan modul merupakan perkara yang tidak asing bagi memastikan modul yang diajarkan kekal relevan. Sehubungan dengan itu, Modul Jati Diri telah dibangunkan dengan menggunakan konstruk dalam Model Swa Pencegahan Salah Laku sebagai kandungan utama. Hasilnya modul yang dibangunkan berupaya meningkatkan pemahaman remaja sebanyak 16% hingga 25%.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumaten_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.subjectComputational intelligenceen_US
dc.titleModel swa pencegahan salah laku dalam persekitaran keselamatan siber : indeks kematangan dan modul jati dirien_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages322en_US
dc.identifier.barcode005949(2021)(PL2)en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
MODEL SWA PENCEGAHAN SALAH LAKU DALAM PERSEKITARAN KESELAMATAN SIBER.pdf
  Restricted Access
Full-text61.94 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.