Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772405
Title: Dara menurut kacamata gadis Melayu masa kini
Authors: Mohamad Fauzi Sukimi
lbtihad Mustafa
Conference Name: The 6th International Malaysian Studies Conference
Keywords: Alat sulit
Seksualiti
Conference Date: 2008-08-05
Conference Location: Kuching, Sarawak
Abstract: Tema utama dalam kertas kerja ini ialah pandangan gadis Melayu masa kini tentang dara dan seksualiti. Dara tidak hanya dapat dilihat daripada sudut biologi, tetapi juga dapat dilihat daripada sudut sosio-budaya. Di sisi budaya masyarakat Melayu, dara mempunyai erti yang sangat penting dalam kehidupan seorang wanita. Namun begitu, sesuai dengan arus modenisasi dan perkembangan teknologi maklumat masa kini, tentunya terdapat perubahan pandangan di kalangan masyarakat Melayu tentang dara dan seksualiti. Sehubungan dengan itu, pandangan gadis Melayu masa kini tentang dara tentunya mempunyai kaitan dengan pengetahuan mereka tentang seksualiti dan selanjutnya akan mempengaruhi perilaku seksual dalam kehidupan seharian. Kertas kerja ini cuba membahas isu tersebut dengan menjalankan temubual mendalam ke atas 30 orang mahasiswi UKM yang menetap di Kolej Kediaman Burhanuddin Helmi. Kajian turut diperkukuh dengan data-data sekunder yang diperolehi melalui kajian kepustakaan. Secara keseluruhan, kajian menunjukkan bahawa dara masih dilihat sebagai sesuatu yang berharga dalam diri gadis Melayu. Namun begitu, pengetahuan mereka tentang pengertian sebenar dara dan seksualiti tidak begitu mendalam. Pada masa yang sama, berdasarkan pengalaman seharian mereka mengakui bahawa ramai gadis Melayu masa kini sudah tidak mementingkan nilai dara dalam kehidupan mereka.
Pages: 84
Call Number: LA1236.I554 2008 sem
Publisher: Persatuan Sains Sosial Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.