Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772392
Title: Keberkesanan skim bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dari perspektif kumpulan sasar : kajian kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Authors: Md. Salleh Hj Hassan
Mohamad Zahir Zainudin
Bahaman Abu Samah
Conference Name: The 6th International Malaysian Studies Conference
Keywords: Skim bantuan
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Conference Date: 2008-08-05
Conference Location: Kuching, Sarawak
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan skim bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) dari perspektif kumpulan sasar yang melibatkan kajian kes di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Seramai 157 responden yang terdiri daripada penerima bantuan (empat kumpulan sasar) telah dipilih secara persampelan mudah (convenient sampling). Pengumpulan data menggunakan soal selidik berstruktur. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 15.0. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tahap keberkesanan skim bantuan JKMM amat tinggi di man a nilai min keseluruhan pemboleh ubah yang dikaji adalah 3. 71 . Manakala terdapat perkaitan yang sangat lemah di antara keberkesanan skim bantuan dengan penglibatan dalam persatuan (r= -0.067), pendedahan kepada media (r=0.056) dan perkhidmatan pelanggan JKMM menunjukkan perkaitan yang lemah (r=0.240). Bagi menambahkan keberkesanan skim bantuan dicadangkan pihak pengurusan tertinggi agensi menambahbaik prosedur sedia ada. Kajian lanjutan perlu dijalankan untuk mengenal pasti perkaitan antara persepsi penerima bantuan dengan motivasi diri, pengupayaan diri dan kualiti hidup.
Pages: 80
Call Number: LA1236.I554 2008 sem
Publisher: Persatuan Sains Sosial Malaysia
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772392
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.