Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772391
Title: Pengalaman anak dewasa berpendapatan rendah yang menjaga ibu bapa tua di kalangan masyarakat Melayu Kuala Lumpur
Authors: Khadijah Alavi
Rahim M. Sail
Khairuddin Idris
Asnarulkhadi Abu Samah
Conference Name: The 6th International Malaysian Studies Conference
Keywords: Pengurusan keluarga
Tanggungjawab
Warga emas
Conference Date: 2008-08-05
Conference Location: Kuching, Sarawak
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk meninjau fenomena seseorang penjaga (anak dewasa) mengharungi proses pengalaman dan mengurus aktiviti harian dalam menjaga ibu bapa tua. Kajian ini dibuat untuk mendapatkan jawapan bagi tiga soalan berikut: 1) apakah pengalaman yang dilalui oleh anak dewasa dalam menjaga ibu bapa mereka. 2) bagaimanakah anak dewasa ini mengurus kerjaya, keluarga sendiri dan menjaga ibu bapa tua mereka dan 3) apakah pandangan para ulama dan anak dewasa dari perspektif Islam mengenai tanggungjawab menjaga ibu bapa di dalam suasana perubahan bentuk keluarga dan persekitaran sosial moden dewasa ini. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif. Persampelan kajian adalah 'purposive sampling". Sebanyak lapan anak dewasa di temu bual secara mendalam dan pemerhatian sistematik dijalankan sebagai kaedah pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat dua pengalaman utama di kalangan anak dewasa yang menjaga ibu bapa tua, iaitu, pra pengalaman dan pengalaman sebenar. Hasil kajian ini juga dapat mengungkapkan tiga tema utama mengenai proses penjagaan di kalangan anak dewasa: pengalaman penjagaan, kesan penjagaan dan pengurusan penjagaan. Kajian ini mencadangkan beberapa cadangan program dan model penjagaan untuk anak dewasa.
Pages: 80
Call Number: LA1236.I554 2008 sem
Publisher: Persatuan Sains Sosial Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.