Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772219
Title: Kualiti taska dalam kawalan jangkitan dan faktor-faktor penyumbang terhadap jangkitan respiratori, diarea, penyakit tangan kaki dan mulut dalam kalangan kanak-kanak taska di Lembah Klang
Authors: Aslina Mohamed Yasin (P63934)
Supervisor: Zaleha Md Isa, Prof. Dr.
Syed Zulkifli Syed Zakaria, Prof. Dr.
Keywords: Child Day Care Centers -- organization & administration
Child Care
Child
Infant
Diarrhea
Respiratory Tract Infections
Hand, Foot and Mouth Disease
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-Nov-2020
Abstract: Mortaliti dan morbiditi akibat jangkitan respiratori, diarea dan penyakit tangan, kaki dan mulut kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang menghadiri pusat penjagaan kanak-kanak (TASKA). Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap kualiti TASKA dalam kawalan jangkitan serta mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kualiti TASKA dan prevalens jangkitan respiratori, diarea dan penyakit tangan kaki dan mulut. Kajian keratan rentas ini telah dijalankan di 180 TASKA di Lembah Klang ke atas 186 ibu bapa yang mana anak mereka menghadiri TASKA. Pemilihan responden adalah menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah. Data dikumpul melalui kaedah pemerhatian, soal selidik dan rekod kesihatan kanak-kanak. Ujian regresi linear berganda dan ujian regresi logistik berganda dilakukan menggunakan perisian SPSS IBM versi 25. Hasil kajian menunjukkan kualiti TASKA adalah rendah (min = 53.9, SP=7.1) di mana hanya 58 (32%) TASKA berkualiti tinggi dan 122 (68%) berkualiti rendah. Kualiti TASKA diramalkan oleh ciri-ciri TASKA dan tahap pengetahuan dalam kalangan kakitangan (29.5%, F [7, 172] = 10.30, p=0.001) yang mana bilangan kanak kanak menyumbang nilai yang paling tinggi (β = 0.52, p=0.001), diikuti dengan kategori TASKA (β = -0.198, p=0.005) dan tahap pengetahuan kakitangan (β = 0.164, p=0.014) yang merupakan penyumbang paling rendah. Ciri-ciri TASKA, kualiti TASKA dan tahap pengetahuan dalam kalangan kakitangan dapat meramalkan diarea χ² (9, N=180) = 24.31, p=0.004 dan penyakit tangan, kaki dan mulut (χ² [9, N=180] = 19.45, p=0.022) tetapi tidak jangkitan respiratori (χ² [9, N=180] = 6.49, p=0.690). Sebaliknya, faktor perihal ibu bapa dan sejarah kesihatan kanak-kanak tidak menyumbang sebagai peramal kepada jangkitan respiratori (χ² [13, N = 186] = 18.06, p = 0.16), diarea (χ² [15, N = 186] = 15.923, p = 0.387) dan penyakit tangan, kaki dan mulut (χ² [14, N=186] = 10.105, p=0.754). Setiap peningkatan dalam bilangan kanak-kanak akan mempengaruhi kualiti TASKA dan lebih satu kali ganda berkemungkinan mendapat penyakit tangan, kaki dan mulut. TASKA kerajaan lebih berkualiti daripada TASKA swasta yang mana TASKA swasta lebih mempengaruhi kanak-kanak untuk mendapat diarea. Peningkatan tahap pengetahuan kakitangan akan meningkatkan kualiti TASKA. Lebih tinggi kepatuhan kepada kebersihan tangan dan kebersihan diri, semakin kurang kemungkinan kanak kanak mengalami diarea. Lebih lama jangkamasa sesebuah TASKA beroperasi, lebih kemungkinan kanak-kanak mengalami diarea dan penyakit tangan, kaki dan mulut. Program intervensi dalam kawalan jangkitan untuk kakitangan TASKA mungkin perlu dijalankan untuk memantapkan kualiti TASKA dan mengurangkan kadar penyakit berjangkit.
Pages: 68
Call Number: WA20.5.A834k 2020 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.