Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772219
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZaleha Md Isa, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorSyed Zulkifli Syed Zakaria, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.authorAslina Mohamed Yasin (P63934)en_US
dc.date.accessioned2024-01-05T04:17:27Z-
dc.date.available2024-01-05T04:17:27Z-
dc.date.issued2020-11-17-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772219-
dc.description.abstractMortaliti dan morbiditi akibat jangkitan respiratori, diarea dan penyakit tangan, kaki dan mulut kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang menghadiri pusat penjagaan kanak-kanak (TASKA). Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap kualiti TASKA dalam kawalan jangkitan serta mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kualiti TASKA dan prevalens jangkitan respiratori, diarea dan penyakit tangan kaki dan mulut. Kajian keratan rentas ini telah dijalankan di 180 TASKA di Lembah Klang ke atas 186 ibu bapa yang mana anak mereka menghadiri TASKA. Pemilihan responden adalah menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah. Data dikumpul melalui kaedah pemerhatian, soal selidik dan rekod kesihatan kanak-kanak. Ujian regresi linear berganda dan ujian regresi logistik berganda dilakukan menggunakan perisian SPSS IBM versi 25. Hasil kajian menunjukkan kualiti TASKA adalah rendah (min = 53.9, SP=7.1) di mana hanya 58 (32%) TASKA berkualiti tinggi dan 122 (68%) berkualiti rendah. Kualiti TASKA diramalkan oleh ciri-ciri TASKA dan tahap pengetahuan dalam kalangan kakitangan (29.5%, F [7, 172] = 10.30, p=0.001) yang mana bilangan kanak kanak menyumbang nilai yang paling tinggi (β = 0.52, p=0.001), diikuti dengan kategori TASKA (β = -0.198, p=0.005) dan tahap pengetahuan kakitangan (β = 0.164, p=0.014) yang merupakan penyumbang paling rendah. Ciri-ciri TASKA, kualiti TASKA dan tahap pengetahuan dalam kalangan kakitangan dapat meramalkan diarea χ² (9, N=180) = 24.31, p=0.004 dan penyakit tangan, kaki dan mulut (χ² [9, N=180] = 19.45, p=0.022) tetapi tidak jangkitan respiratori (χ² [9, N=180] = 6.49, p=0.690). Sebaliknya, faktor perihal ibu bapa dan sejarah kesihatan kanak-kanak tidak menyumbang sebagai peramal kepada jangkitan respiratori (χ² [13, N = 186] = 18.06, p = 0.16), diarea (χ² [15, N = 186] = 15.923, p = 0.387) dan penyakit tangan, kaki dan mulut (χ² [14, N=186] = 10.105, p=0.754). Setiap peningkatan dalam bilangan kanak-kanak akan mempengaruhi kualiti TASKA dan lebih satu kali ganda berkemungkinan mendapat penyakit tangan, kaki dan mulut. TASKA kerajaan lebih berkualiti daripada TASKA swasta yang mana TASKA swasta lebih mempengaruhi kanak-kanak untuk mendapat diarea. Peningkatan tahap pengetahuan kakitangan akan meningkatkan kualiti TASKA. Lebih tinggi kepatuhan kepada kebersihan tangan dan kebersihan diri, semakin kurang kemungkinan kanak kanak mengalami diarea. Lebih lama jangkamasa sesebuah TASKA beroperasi, lebih kemungkinan kanak-kanak mengalami diarea dan penyakit tangan, kaki dan mulut. Program intervensi dalam kawalan jangkitan untuk kakitangan TASKA mungkin perlu dijalankan untuk memantapkan kualiti TASKA dan mengurangkan kadar penyakit berjangkit.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectChild Day Care Centers -- organization & administrationen_US
dc.subjectChild Careen_US
dc.subjectChilden_US
dc.subjectInfanten_US
dc.subjectDiarrheaen_US
dc.subjectRespiratory Tract Infectionsen_US
dc.subjectHand, Foot and Mouth Diseaseen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKualiti taska dalam kawalan jangkitan dan faktor-faktor penyumbang terhadap jangkitan respiratori, diarea, penyakit tangan kaki dan mulut dalam kalangan kanak-kanak taska di Lembah Klangen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages68en_US
dc.identifier.callnoWA20.5.A834k 2020 9HUKMPRA tesisen_US
dc.identifier.barcode00002247137en_US
dc.format.degreeIjazah Doktor Falsafah (Kesihatan Masyarakat)en_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.