Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/729457
Title: Pengesanan parasit dalam sampel Bronkoalveolar dari pesakit yang menjalani prosedur Bronkoskopi di Unit Respiratori, Hospital Canselor Tuanku Muhriz.
Authors: Wathiqah Wahid (P91233)
Supervisor: 'Azlin Muhammad @ Mohd Yasin, Dr.
Mohamed Faisal Abdul Hamid, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Lung Diseases, Parasitic
Issue Date: 17-Sep-2019
Abstract: Jangkitan parasit di dalam paru-paru kini banyak dilaporkan di seluruh dunia dan ia disebabkan oleh pelbagai faktor. Jangkitan tersebut sering dikaitkan dengan negara di rantau tropika seperti Malaysia. Ianya mencabar untuk mendiagnos jangkitan parasit di dalam paru-paru kerana persamaan manifestasi klinikal dan penemuan penyiasatan seperti patologi paru-paru yang lain. Ia boleh menjangkiti individu yang imunkompromi mahupun imunkompeten. Kajian ini bertujuan menyiasat prevalens, organisma parasit yang sering dijumpai di dalam sampel bronkoalveolar dan simptom yang berkaitan dengan jangkitan parasit di dalam paru-paru. Satu kajian keratan rentas dijalankan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz dengan mengambil sampel bronkoalveolar yang baru dikumpul dari pesakit respiratori yang menjalani prosedur bronkoskopi. Data sosiodemografi, simptom dan sejarah penyakit pesakit juga direkod. Sejumlah 100 sampel bronkoalveolar dikumpulkan dalam masa 6 bulan tempoh kajian. Sampel dibahagikan kepada dua iaitu sampel yang dipekatkan melalui teknik konsentrasi dan sampel yang tidak dipekatkan. Sampel diproses untuk pewarnaan sementara (salin normal dan iodin) dan pewarnaan kekal (giemsa, Gram-Chromatrope Kinyoun, tahan asid terubahsuai dan trikrom). Kemudian, slaid diperiksa dengan mikroskop cahaya CX-4 Olympus dan imej diambil menggunakan mesin penganalisa imej Lumenera Infinity-2. Rekod perubatan dikumpulkan secara retrospektif untuk pesakit yang positif parasit di dalam sampel bronkoalveolar. Hasil kajian menunjukkan prevalens jangkitan parasit di dalam paru-paru melalui sampel bronkoalveolar adalah 7%. Organisma yang dijumpai adalah Lophomonas blattarum (6 kes, 6%) dan Trichomonas sp. (1 kes, 1%). Hubung kait yang jelas dilihat di antara jangkitan parasit di dalam paru-paru dan simptom cirit-birit (p=0.0123) dan status imunokompromi (p=0.0206). Kesimpulannya, jangkitan parasit di dalam paru-paru di Malaysia adalah kurang terdiagnos. Kajian ini mencadangkan pesakit dengan masalah pernafasan dan simptom cirit-birit terutamanya individu imuntindas seharusnya diperiksa dengan teliti untuk jangkitan parasit.
Pages: 111
Call Number: QX20.W333p 2019 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.