Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/729457
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | 'Azlin Muhammad @ Mohd Yasin, Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Mohamed Faisal Abdul Hamid, Prof. Madya. Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Wathiqah Wahid (P91233) | en_US |
dc.date.accessioned | 2023-12-29T03:40:04Z | - |
dc.date.available | 2023-12-29T03:40:04Z | - |
dc.date.issued | 2019-09-17 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/729457 | - |
dc.description.abstract | Jangkitan parasit di dalam paru-paru kini banyak dilaporkan di seluruh dunia dan ia disebabkan oleh pelbagai faktor. Jangkitan tersebut sering dikaitkan dengan negara di rantau tropika seperti Malaysia. Ianya mencabar untuk mendiagnos jangkitan parasit di dalam paru-paru kerana persamaan manifestasi klinikal dan penemuan penyiasatan seperti patologi paru-paru yang lain. Ia boleh menjangkiti individu yang imunkompromi mahupun imunkompeten. Kajian ini bertujuan menyiasat prevalens, organisma parasit yang sering dijumpai di dalam sampel bronkoalveolar dan simptom yang berkaitan dengan jangkitan parasit di dalam paru-paru. Satu kajian keratan rentas dijalankan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz dengan mengambil sampel bronkoalveolar yang baru dikumpul dari pesakit respiratori yang menjalani prosedur bronkoskopi. Data sosiodemografi, simptom dan sejarah penyakit pesakit juga direkod. Sejumlah 100 sampel bronkoalveolar dikumpulkan dalam masa 6 bulan tempoh kajian. Sampel dibahagikan kepada dua iaitu sampel yang dipekatkan melalui teknik konsentrasi dan sampel yang tidak dipekatkan. Sampel diproses untuk pewarnaan sementara (salin normal dan iodin) dan pewarnaan kekal (giemsa, Gram-Chromatrope Kinyoun, tahan asid terubahsuai dan trikrom). Kemudian, slaid diperiksa dengan mikroskop cahaya CX-4 Olympus dan imej diambil menggunakan mesin penganalisa imej Lumenera Infinity-2. Rekod perubatan dikumpulkan secara retrospektif untuk pesakit yang positif parasit di dalam sampel bronkoalveolar. Hasil kajian menunjukkan prevalens jangkitan parasit di dalam paru-paru melalui sampel bronkoalveolar adalah 7%. Organisma yang dijumpai adalah Lophomonas blattarum (6 kes, 6%) dan Trichomonas sp. (1 kes, 1%). Hubung kait yang jelas dilihat di antara jangkitan parasit di dalam paru-paru dan simptom cirit-birit (p=0.0123) dan status imunokompromi (p=0.0206). Kesimpulannya, jangkitan parasit di dalam paru-paru di Malaysia adalah kurang terdiagnos. Kajian ini mencadangkan pesakit dengan masalah pernafasan dan simptom cirit-birit terutamanya individu imuntindas seharusnya diperiksa dengan teliti untuk jangkitan parasit. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | en_US |
dc.relation | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.subject | Lung Diseases, Parasitic | en_US |
dc.title | Pengesanan parasit dalam sampel Bronkoalveolar dari pesakit yang menjalani prosedur Bronkoskopi di Unit Respiratori, Hospital Canselor Tuanku Muhriz. | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 111 | en_US |
dc.identifier.callno | QX20.W333p 2019 9HUKMPRA tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 00002246497 | en_US |
dc.format.degree | Ijazah Sarjana Sains Perubatan (Parasitologi) | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pengesanan parasit dalam sampel Bronkoalveolar dari pesakit yang menjalani prosedur Bronkoskopi di Unit Respiratori, Hospital Canselor Tuanku Muhriz. .pdf Restricted Access | Full-text | 3.45 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.