Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/656894
Title: | Etika kewartawanan: antara tanggungjawab dan kepentingan peribadi kajian kes ke atas pengamal media di bandaraya Kuching |
Authors: | Malia Taibi |
Conference Name: | The 6th International Malaysian Studies Conference |
Keywords: | Wartawan Konflik Kerjaya |
Conference Date: | 2008-08-05 |
Conference Location: | Kuching, Sarawak |
Abstract: | Setiap wartawan akan berhadapan dengan situasi yang memerlukan mereka membuat keputusan yang melibatkan antara etika dan kepentingan peribadi. Keghairahan organisasi korporat dan perniagaan yang memberikan imbuhan berbentuk kewangan dan cenderhati ataupun 'freebies' semasa wartawan membuat liputan di majlis-majlis yang dianjurkan mewujudkan konflik kepada wartawan dalam liputan yang akan mereka laporkan. Kertas kerja ini memfokus kepada permasalahan yang dihadapi oleh pengamal media/ wartawan di Bandaraya Kuching apabila mereka ditawarkan dengan pelbagai imbuhan semasa membuat liputan berita. Berdasarkan temuramah dengan 15 wartawan dan editor akhbar tempatan, kertas kerja ini akan membincangkan: 1) situasi yang menyebabkan wartawan terpaksa membuat pilihan antara tanggungjawab dan kepentingan peribadi, 2) bentuk imbuhan yang sering ditawarkan kepada wartawan, 3) pilihan yang dibuat ke atas pelawaan imbuhan dan 4) 'conscience' di kalangan wartawan terhadap keputusan yang telah dibuat. Hasil temuramah menunjukkan bahawa wartawan sentiasa berhadapan dengan konflik di antara tanggungjawab dan kepentingan peribadi apabila ditawarkan dengan pelbagai imbuhan yang menarik. Namun, terdapat wartawan yang mampu membezakan di antara tanggungjawab dan kepentingan peribadi. Justeru, 'conscience' adalah faktor signifikan kepada kerjaya seseorang wartawan dalam menjalankan tugas secara beretika. |
Pages: | 74 |
Call Number: | LA1236.I554 2008 sem |
Publisher: | Persatuan Sains Sosial Malaysia |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/656894 |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.