Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/656889
Title: Ketakseimbangan wilayah di Malaysia: pendekatan location quotient dari aspek pengeluaran dan gunatenaga
Authors: Hasnah Ali
Sanep Ahmad
Azmafazilah Jauhari
Noraziah Ali
Conference Name: The 6th International Malaysian Studies Conference
Keywords: Pembangunan wilayah
Wilayah maju
Wilayah kurang maju
Conference Date: 2008-08-05
Conference Location: Kuching, Sarawak
Abstract: Ketakseimbangan pembangunan wilayah merupakan satu fenomena yang telah lama wujud kesan daripada jurang yang timbul dalam sesebuah wilayah sama ada wilayah maju atau wilayah kurang maju. Ketakseimbangan pembangunan wilayah ini berlaku ekoran daripada daya saing yang ada di wilayah kurang maju yang tidak dapat menyaingi daya saing yang ada di wilayah maju. Kajian ini bertujuan untuk menyingkap masalah ketakseimbangan pembangunan wilayah yang berlaku di Malaysia terutamanya diantara wilayah maju dan wilayah kurang maju. Di samping itu, kajian ini juga dilakukan untuk mengenalpasti industri atau sektor manakah yang mendatangkan faedah berbanding kepada wilayah atau negeri yang dikaji. Bagi mencapai tujuan-tujuan tersebut, pengkaji telah mengaplikasikan teknik location quotient (LQ). Pengiraan indeks ini melibatkan dua tempoh masa dan dua pembolehubah yang berbeza. Bagi tempoh masa pertama iaitu dari tahun 1970 hingga 1990, di mana data pengeluaran sektor pertanian, perlombongan dan kuari, pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan digunakan untuk mengira koefisien location quotient. Untuk tempoh masa kedua pula yang melibatkan tahun 2003 hingga 2006, pembolehubah gunatenaga bagi lima sektor yang serupa telah diaplikasikan. Enam wilayah yang terdiri daripada Wilayah Tengah, Wilayah Utara, Wilayah Timur, Wilayah Selatan, Sabah dan Sarawak telah diambil kira dalam pengiraan indeks location quotient tersebut. Manakala pengiraan indeks LO ke alas dua buah negeri maju dan negeri kurang maju adalah membabitkan negeri Selangor, Melaka, Terengganu dan Pahang. Analisis data location quotient ini mencadangkan bahawa kajian bagi tempoh 1970 hingga 1990 dan 2003 hingga 2006, aktiviti ekonomi di wilayah kurang maju iaitu di Wilayah Timur, Sabah dan Sarawak adalah tertumpu dalam sektor pertanian. Sementara itu, bagi wilayah maju seperti Wilayah Tengah aktiviti ekonominya lebih tertumpu kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan. Dapatan kajian ini seterusnya menunjukkan bahawa negeri kurang maju seperti Terengganu dan Pahang mempunyai ciri•ciri aktiviti yang serupa dengan wilayah kurang maju iaitu aktiviti ekonominya lebih tertumpu kepada sektor pertanian dan perlombongan dan kuari. Sebaliknya, aktiviti ekonomi negeri Selangor dan Melaka didapati mirip atau sama seperti aktiviti ekonomi di Wilayah Maju. Untuk membolehkan negeri mundur mencapai tahap yang sama seperti negeri maju, analisis "location quotient" telah mencadangkan agar negeri mundur mengembangkan sektor ekonomi seperti sektor pembuatan dan pembinaan sebagai salah satu cara ke hadapan untuk meningkatkan pendapatan dikalangan penduduk.
Pages: 73
Call Number: LA1236.I554 2008 sem
Publisher: Persatuan Sains Sosial Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.