Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644581
Title: | Periwayat dalam kalangan jin dan implikasinya terhadap periwayatan hadis |
Authors: | Mohammad Taha Haji Hassan (P90000) |
Supervisor: | Fadlan Mohd Othman, Dr. Mohd Arif Nazri, Dr. |
Keywords: | Hadith -- Authorities Hadith -- Evidences, authority, etc. Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 19-Jun-2023 |
Abstract: | Eksistensi periwayat hadis daripada kalangan jin telah dikenal pasti muncul sejak dari kurun awal Islam lagi. Penentuan mereka sebagai periwayat hadis dapat dibuktikan sama ada melalui nama yang direkodkan di dalam rantaian naratif daripada seorang perawi kepada perawi yang lain atau secara kontekstual yang terkandung di dalam redaksi hadis. Namun, karakter jin sebagai periwayat hadis menjadi pertikaian dalam kalangan para sarjana hadis dalam menentukan al cAdalah dan al-Ḍabṭ mereka. Untuk itu, kajian ini memberi tumpuan kepada penilaian karakter periwayat jin dan status hadis serta implikasinya terhadap periwayatan hadis bermula sejak dari abad pertama hingga ke tiga belas Hijrah. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengidentifikasikan nama-nama periwayat jin, mengetahui bentuk interaksi dan penyampaian hadis, mendiagnosis sifat dan periwayatan jin melalui pendekatan tradisi ilmu hadis dan mencadangkan langkah-langkah penyelesaian yang sesuai dalam menilai karakter narator dan autentik hadis. Kajian ini dihasilkan secara menganalisis isi dan karakteristik riwayat hadis yang terdapat di dalam karya hadis termasuk konteks sejarah dan sosial yang mempengaruhi kemunculan perawi jin. Hasil kajian melaporkan bahawa seramai 51 nama periwayat jin telah ditemukan dan status periwayat jin adalah al-Jahālah serta ulama hadis menolak dan melarang periwayatan hadis daripada jin. Kajian ini telah menghasilkan sebuah manual penting dalam usaha yang progresif bagi proses penyaringan dan taḥqīq ke atas hadis yang disampaikan oleh periwayat jin khususnya di zaman mutakhir ini. Kajian ini juga dapat menerbitkan sebuah indeks atau glosari khusus yang memuatkan himpunan nama periwayat jin dan periwayatannya, keterangan status hadis serta istilah-istilah yang berkaitan untuk dijadikan sebagai rujukan pada masa akan datang di samping boleh mengelakkan berlakunya kekeliruan serta kerosakan budaya pemikiran umat Islam disebabkan penyebaran hadis yang berbentuk dakwaan, fantasi dan khayalan. |
Notes: | Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah” |
Pages: | 253 |
Call Number: | BP136.4.M859 2023 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Periwayat dalam kalanangan jin dan implikasinya terhadap periwayatan hadis.pdf Restricted Access | Partial | 2.47 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.