Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644581
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFadlan Mohd Othman, Dr.en_US
dc.contributor.advisorMohd Arif Nazri, Dr.en_US
dc.contributor.authorMohammad Taha Haji Hassan (P90000)en_US
dc.date.accessioned2023-11-30T08:08:39Z-
dc.date.available2023-11-30T08:08:39Z-
dc.date.issued2023-06-19-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644581-
dc.description.abstractEksistensi periwayat hadis daripada kalangan jin telah dikenal pasti muncul sejak dari kurun awal Islam lagi. Penentuan mereka sebagai periwayat hadis dapat dibuktikan sama ada melalui nama yang direkodkan di dalam rantaian naratif daripada seorang perawi kepada perawi yang lain atau secara kontekstual yang terkandung di dalam redaksi hadis. Namun, karakter jin sebagai periwayat hadis menjadi pertikaian dalam kalangan para sarjana hadis dalam menentukan al cAdalah dan al-Ḍabṭ mereka. Untuk itu, kajian ini memberi tumpuan kepada penilaian karakter periwayat jin dan status hadis serta implikasinya terhadap periwayatan hadis bermula sejak dari abad pertama hingga ke tiga belas Hijrah. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengidentifikasikan nama-nama periwayat jin, mengetahui bentuk interaksi dan penyampaian hadis, mendiagnosis sifat dan periwayatan jin melalui pendekatan tradisi ilmu hadis dan mencadangkan langkah-langkah penyelesaian yang sesuai dalam menilai karakter narator dan autentik hadis. Kajian ini dihasilkan secara menganalisis isi dan karakteristik riwayat hadis yang terdapat di dalam karya hadis termasuk konteks sejarah dan sosial yang mempengaruhi kemunculan perawi jin. Hasil kajian melaporkan bahawa seramai 51 nama periwayat jin telah ditemukan dan status periwayat jin adalah al-Jahālah serta ulama hadis menolak dan melarang periwayatan hadis daripada jin. Kajian ini telah menghasilkan sebuah manual penting dalam usaha yang progresif bagi proses penyaringan dan taḥqīq ke atas hadis yang disampaikan oleh periwayat jin khususnya di zaman mutakhir ini. Kajian ini juga dapat menerbitkan sebuah indeks atau glosari khusus yang memuatkan himpunan nama periwayat jin dan periwayatannya, keterangan status hadis serta istilah-istilah yang berkaitan untuk dijadikan sebagai rujukan pada masa akan datang di samping boleh mengelakkan berlakunya kekeliruan serta kerosakan budaya pemikiran umat Islam disebabkan penyebaran hadis yang berbentuk dakwaan, fantasi dan khayalan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectHadith -- Authoritiesen_US
dc.subjectHadith -- Evidences, authority, etc.en_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePeriwayat dalam kalangan jin dan implikasinya terhadap periwayatan hadisen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notesTesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”en_US
dc.format.pages253en_US
dc.identifier.callnoBP136.4.M859 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007192en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Periwayat dalam kalanangan jin dan implikasinya terhadap periwayatan hadis.pdf
  Restricted Access
Partial2.47 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.