Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514517
Title: Perhubungan antara pengurusan kerjaya, tingkah laku proaktif dan kejayaan kerjaya di Jabatan Agama Islam, Malaysia
Authors: Wan Aishah Wan Mohd Nowalid (P69853)
Supervisor: Azman Ismail, Prof. Madya Dr.
Keywords: Personnel management -- Religious aspects -- Islam
Management -- Religious aspects -- Islam
Islam and labor
Job satisfaction -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Jan-2018
Description: Menurut kajian literatur terkini yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia berdasarkan perspektif Islam dan empirikal merumuskan bahawa pengurusan kerjaya mempunyai dua dimensi yang sangat penting: autonomi kerja dan kepimpinan transformasi. Keupayaan pengurusan melaksanakan fungsi tersebut secara teratur dalam pekerjaan harian dapat mempengaruhi tingkah laku proaktif pekerja. Lanjutan daripada itu, dapatan kajian-kajian lepas mengetengahkan bahawa perhubungan antara pengurusan kerjaya dengan tingkah laku proaktif dapat membantu meningkatkan kejayaan kerjaya pekerja. Sungguhpun sifat perhubungan ini telah banyak dikaji, namun peranan tingkah laku proaktif pekerja sebagai pemboleh ubah pengantara yang penting adalah terabai dalam kajian literatur kerjaya organisasi. Ini menyokong isu yang berlaku di salah sebuah organisasi Islam di Malaysia yang mengetengahkan tentang isu berkaitan aduan rakyat yang berlaku disebabkan tingkah laku/sikap/akhlak pegawai-pegawai di organisasi tersebut yang kurang mengambil berat dalam menangani isu tersebut. Natijahnya, ia secara khusus menjejaskan kualiti perkhidmatan mereka dan kepada organisasi Islam umumnya. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengukur kesan tingkah laku proaktif sebagai pemboleh ubah pengantara penting dalam perhubungan antara pengurusan kerjaya dan kejayaan kerjaya. Kaedah soal selidik telah digunakan untuk mengumpul 351 borang soal selidik yang diisi dengan lengkap oleh pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat di tujuh buah Jabatan Agama Islam di Malaysia, iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor. Keputusan pengujian hipotesis mendapati bahawa tingkah laku proaktif bertindak sebagai pemboleh ubah pengantara yang penting dalam perhubungan antara pengurusan kerjaya dan kejayaan kerjaya. Kajian menyediakan implikasi yang penting kepada badan ilmu, kaedah penyelidikan dan pengurusan organisasi. Dari segi implikasi terhadap badan ilmu, kajian ini mengesahkan bahawa keupayaan pengurus melaksanakan autonomi kerja dan mengamalkan gaya kepimpinan transformasi secara teratur dapat meningkatkan tingkah laku proaktif pekerja. Natijahnya, keadaan ini dapat memberi peluang kepada pekerja untuk memperoleh kenaikan pangkat dan meningkatkan kepuasan kerjaya dalam organisasi. Dari segi aspek pemantapan kaedah penyelidikan, data borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini telah mencapai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Keadaan ini berupaya menghasilkan dapatan yang tepat dan boleh dipercayai. Akhir sekali, perakuan-perakuan yang disyorkan oleh kajian ini boleh digunakan sebagai panduan kepada pengamal untuk memahami kerumitan konsep pengurusan kerjaya dan merangka pelan-pelan tindakan strategik bagi meningkatkan dan mengekalkan prestasi dan daya saing organisasi dalam era globalisasi.,Ph.D.
Pages: 250
Call Number: HF5549.W33 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106615+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
9.19 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.