Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497919
Title: | Keberkesanan Program Intervensi Linus terhadap Kemahiran membaca dan memahami dalam kalangan murid-murid tahun satu |
Authors: | Hasnalee bin Tubah |
Supervisor: | Prof. Dr. Zulkifley Hamid |
Keywords: | Linus Intervensi Kemahiran Murid Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 7-May-2012 |
Description: | Kajian ini dilakukan bagi meninjau keberkesanan pelaksanaan program intervensi LINUS terhadap kemah iran membaca dan memahami murid-rnurid tahun satu. Keberkesanan program intervensi LINUS ini dilihat daripada beberapa aspek yang memberi impak terhadap penguasaan kemahiran membaca dan memahami Murid-Murid Pasca LINUS (MPL). Intipati kajian ini menyentuh faktor dan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru dalam melaksanakan program intervensi LINUS. Kajian ini juga membincangkan kesesuaian pengisian modul LINUS yang digunakan dalam P&P kelas intervensi kemahiran membaca dan memahami. Di samping itu, fokus utama kajian adalah mengenal pasti pasti tahap kemah iran dan kesukaran membaca dan memahami dalam kalangan MPL. Seterusnya kajian ini telah membandingkan tahap kemahiran membaca dan memahami antara MPL dengan Murid Tahun Satu Aliran Perdana (MTI AP). Sampel kajian adalah terdiri daripada 131 murid-rnurid MPL Tahun Satu dan 17 orang Guru LINUS (GL) program intervensi LINUS yang dipilih secara rawak daripada 15 buah sekolah di negeri Sarawak. Pengkaji telah memilih seramai 85 responden bagi tujuan perbandingan tersebut. Lokasi sekolah yang dipilih adalah meliputi kawasan bandar, pinggir bandar dan luar bandar. lnstrumen kaj ian ini terdiri daripada satu set soal selidik berbentuk dekatomi yang dikhususkan kepada MPL. 8agi responden GL, instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal selidik 5 pilihan mengikut skala Likert. Satu set soalan temu bual berstruktur juga telah dijadikan sebagai salah satu intrumen dalam kajian ini. Pengkaji juga telah menggunakan ujian pemahaman perenggan bagi menilai tahap pemahaman responden terhadap isi bahan bacaan. Teori Psikososial Vygotsky (1978) digunakan bagi membincangkan peranan scaffolding dalam Model Zon Perkembangan Terdekat (ZPT) dalam pelaksanaan program intervensi LINUS. Model tersebut adalah penting bagi menentukan bentuk scaffolding yang sewajarnya diberikan kepada MPL dalam P&P guru. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tidak semua faktor demografi yang dikaji mempengaruhi tahap kemahiran membaca dan memahami MPL. Fenomena ini menunjukkan bahawa GL memerlukan kepakaran khas dalam mengenal pasti tahap kesediaan belajar murid sebelum memulakan sebarang aktiviti P&P. Kepakaran tersebut akan membantu guru-guru menentukan bentuk scaffolding yang sewajarnya berdasarkan model perkembangan pembelajaran dalam ZPT. Di sam ping itu GL perlu menguasai ilmu psikolinguistik yang menekankan faktor keupayaan mental dan penguasaan bahasa bagi memberikan kesan yang mendalam terhadap kemahiran membaca dan memahami murid- murid LINUS.,Doktor Falsafah |
Pages: | 315 |
Call Number: | LB1525.H345 2012 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_69272+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.18 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.