Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497397
Title: Hubungan dan pengaruh budaya organisasi dan kecerdasan emosi ke atas komitmen organisasi dan kepuasan kerja dalam kalangan staf pentadbiran universiti awam dan swasta
Authors: Bahyah binti Abdul Halim (P37701)
Supervisor: Arifin Hj. Zainal, Prof. Madya Dr.
Keywords: Hubungan dan pengaruh
Budaya organisasi
Kecerdasan emosi
Komitmen organisasi
Kepuasan kerja
Staf pentadbiran
Universiti awam dan swasta
Organizational commitment
Issue Date: 21-Oct-2011
Description: Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengukur hubungan dan pengaruh di antara budaya organisasi dengan kecerdasan emosi ke atas komitmen organisasi dan kepuasan kerja dalam kalangan staf pentadbiran di universiti awam dan swasta. Juga untuk menguji kecerdasan emosi sebagai pembolehubah penyederhana dalam hubungan antara budaya organisasi dengan komitmen organisasi dan kepuasan kerja. Budaya organisasi juga diuji sebagai pembolehubah penyederhana dalam hubungan antara kepuasan kerja dengan komitmen organisasi. Seramai 272 staf pentadbiran dari lima buah universiti awam dan swasta terlibat dalam kajian ini. Rekabentuk kajian adalah survei dan berbentuk keratan rentas. Soal selidik yang digunakan merangkumi lima bahagian utama iaitu budaya organisasi terdiri daripada 24 item, kecerdasan emosi terdiri daripada 133 item, komitmen organisasi terdiri daripada 9 item, kepuasan kerja terdiri daripada 5 item dan 6 item berkenaan maklumat diri responden. Nilai kebolehpercayaan bagi setiap dimensi pembolehubah kajian adalah di antara nilai α = 0.63 hingga α = 0.86. Data dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi. Hasil analisis deskriptif mendapati majoriti subjek menggambarkan budaya organisasi birokratik sebagai budaya universiti. Bagi aspek kecerdasan emosi pula, sebanyak 64% staf pentadbiran memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi. Tahap komitmen organisasi dan kepuasan kerja juga adalah tinggi. Keputusan pengujian hipotesis memperoleh hubungan yang positif dan signifikan antara budaya organisasi dengan komitmen organisasi dan kepuasan kerja (p<0.01). Juga terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara kecerdasan emosi dengan komitmen organisasi dan kepuasan kerja (p<0.01). Seterusnya, budaya organisasi suportif dan dimensi mood didapati memberi kesan pengaruh sebanyak 21% ke atas komitmen organisasi dan kepuasan kerja. Keputusan ujian mendapati kecerdasan emosi tidak menjadi penyederhana dalam hubungan antara budaya organisasi dengan komitmen organisasi dan kepuasan kerja. Namun begitu, budaya organisasi didapati menjadi penyederhana dalam hubungan antara kepuasan kerja dan komitmen organisasi (p<0.05). Akhirnya, kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam aspek budaya organisasi, kecerdasan emosi, komitmen organisasi dan kepuasan kerja di antara staf pentadbiran di universiti awam dan swasta.,Ph.D
Pages: 189
Call Number: HF5549.5.J63.B334 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74334+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.29 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.