Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497397
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Arifin Hj. Zainal, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Bahyah binti Abdul Halim (P37701) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:02:40Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:02:40Z | - |
dc.date.issued | 2011-10-21 | |
dc.identifier.other | ukmvital:74334 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497397 | - |
dc.description | Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengukur hubungan dan pengaruh di antara budaya organisasi dengan kecerdasan emosi ke atas komitmen organisasi dan kepuasan kerja dalam kalangan staf pentadbiran di universiti awam dan swasta. Juga untuk menguji kecerdasan emosi sebagai pembolehubah penyederhana dalam hubungan antara budaya organisasi dengan komitmen organisasi dan kepuasan kerja. Budaya organisasi juga diuji sebagai pembolehubah penyederhana dalam hubungan antara kepuasan kerja dengan komitmen organisasi. Seramai 272 staf pentadbiran dari lima buah universiti awam dan swasta terlibat dalam kajian ini. Rekabentuk kajian adalah survei dan berbentuk keratan rentas. Soal selidik yang digunakan merangkumi lima bahagian utama iaitu budaya organisasi terdiri daripada 24 item, kecerdasan emosi terdiri daripada 133 item, komitmen organisasi terdiri daripada 9 item, kepuasan kerja terdiri daripada 5 item dan 6 item berkenaan maklumat diri responden. Nilai kebolehpercayaan bagi setiap dimensi pembolehubah kajian adalah di antara nilai α = 0.63 hingga α = 0.86. Data dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi. Hasil analisis deskriptif mendapati majoriti subjek menggambarkan budaya organisasi birokratik sebagai budaya universiti. Bagi aspek kecerdasan emosi pula, sebanyak 64% staf pentadbiran memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi. Tahap komitmen organisasi dan kepuasan kerja juga adalah tinggi. Keputusan pengujian hipotesis memperoleh hubungan yang positif dan signifikan antara budaya organisasi dengan komitmen organisasi dan kepuasan kerja (p<0.01). Juga terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara kecerdasan emosi dengan komitmen organisasi dan kepuasan kerja (p<0.01). Seterusnya, budaya organisasi suportif dan dimensi mood didapati memberi kesan pengaruh sebanyak 21% ke atas komitmen organisasi dan kepuasan kerja. Keputusan ujian mendapati kecerdasan emosi tidak menjadi penyederhana dalam hubungan antara budaya organisasi dengan komitmen organisasi dan kepuasan kerja. Namun begitu, budaya organisasi didapati menjadi penyederhana dalam hubungan antara kepuasan kerja dan komitmen organisasi (p<0.05). Akhirnya, kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam aspek budaya organisasi, kecerdasan emosi, komitmen organisasi dan kepuasan kerja di antara staf pentadbiran di universiti awam dan swasta.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Hubungan dan pengaruh | |
dc.subject | Budaya organisasi | |
dc.subject | Kecerdasan emosi | |
dc.subject | Komitmen organisasi | |
dc.subject | Kepuasan kerja | |
dc.subject | Staf pentadbiran | |
dc.subject | Universiti awam dan swasta | |
dc.subject | Organizational commitment | |
dc.title | Hubungan dan pengaruh budaya organisasi dan kecerdasan emosi ke atas komitmen organisasi dan kepuasan kerja dalam kalangan staf pentadbiran universiti awam dan swasta | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 189 | |
dc.identifier.callno | HF5549.5.J63.B334 2011 | |
dc.identifier.barcode | 000433 | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74334+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.29 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.