Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488015
Title: Efikasi kendiri guru Bahasa Arab dalam pengajaran nahu Kurikulum Bersepadu Dini (KBD)
Authors: Farihah Hussain (P88427)
Supervisor: Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Prof. Dr.
Keywords: Teaching -- Methodology
Self-efficacy
Educational psychology
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Dec-2019
Description: Efikasi kendiri menjadikan guru lebih berkeyakinan dalam menyampaikan isi kandungan mata pelajaran terutama mata pelajaran yang menggabungkan teori (lisan) dan praktikal (latihan) seperti mata pelajaran nahu bahasa Arab. Justeru, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka efikasi kendiri guru daripada aspek strategi pengajaran, penglibatan murid, pengurusan kelas dan bimbingan akademik daripada guru bahasa Arab yang berpengalaman dan bagaimana efikasi kendiri guru tersebut diaplikasikan dalam pengajaran nahu. Kajian ini berbentuk kajian kes, dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Seramai lapan orang guru yang mengajar nahu al-Lughah al-Arabiah al-Mucasiroh (LAM) Kurikulum Bersepadu Dini yang berkhidmat di beberapa buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) telah dipilih sebagai peserta kajian melalui kaedah pensampelan bertujuan. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual separa berstruktur, pemerhatian pengajaran dan analisis dokumen. Data dianalisis berbantukan perisian ATLAS.ti. 8. Dapatan menunjukkan bahawa guru yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi dapat mempelbagaikan teknik, kaedah dan pendekatan dalam pengajaran nahu, dapat mempelbagaikan aktiviti pengajaran abad 21 bagi menarik minat pelajar, dapat menggunakan bahan bantu pengajaran (BBP) yang pelbagai dan dapat menyampaikan isi kandungan pengajaran dengan lancar dan mudah difahami. Selain itu, efikasi kendiri guru yang tinggi dapat ditonjolkan melalui kemahiran guru menguruskan kelas serta menyediakan rancangan pengajaran harian yang sistematik dan tersusun. Manakala efikasi kendiri guru yang tinggi dapat dilihat daripada aspek bimbingan guru semasa pengajaran dan selepas pengajaran guru dalam pengajaran nahu. Sumber pengetahuan merupakan dorongan utama peningkatan efikasi kendiri guru dan nilai spritiual serta keagamaan merupakan sumbangan dalam pengajaran nahu KBD. Implikasi kajian dapat dijadikan panduan dan nilai tambah kepada guru bagi meningkatkan efikasi guru ke arah memartabatkan profesionalisme keguruan dalam pengajaran nahu.,Ph.D.
Pages: 375
Call Number: LB1025.3.F347 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118595+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
10.62 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.