Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487875
Title: | Pembangunan bahan sokongan e-pembelajaran kursus bahasa Arab permulaan di UniSZA |
Authors: | Norasyikin Osman (P66589) |
Supervisor: | Mohd. Isa Hamzah, Dr. |
Keywords: | Bahasa Arab Pembelajaran teradun Modul Bahan sokongan Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 6-Oct-2017 |
Description: | Penerapan teknologi dalam bidang pendidikan semakin mendapat tempat mutakhir ini. Bidang pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa Arab juga tidak ketinggalan untuk bergerak seiring dengan bidang yang lain dalam mengimplementasikan P&P berasaskan teknologi. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan bahan sokongan e-pembelajaran bagi kursus bahasa Arab di UniSZA berasaskan pendekatan pembelajaran teradun. Ini selaras dengan seruan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 yang memberi penekanan kepada pelaksanaan e-pembelajaran dalam pembelajaran teradun di peringkat IPT. Kajian pembangunan modul yang dibangunkan ini mempunyai tiga fasa utama iaitu i) fasa analisis keperluan ii) fasa reka bentuk dan pembangunan dan iii) fasa pelaksanaan dan penilaian. Fasa analisis telah melibatkan sejumlah 248 orang pelajar UniSZA dan 3 orang pensyarah. Fasa analisis bertujuan untuk mengetahui latar belakang pelajar, persekitaran institusi serta maklumat berkaitan kursus. Manakala fasa kedua merupakan fasa mereka bentuk modul seterusnya membangunkannya berdasarkan hasil dapatan yang diperoleh menerusi fasa analisis. Modul yang dibangunkan telah dinamakan sebagai M-AraBIE. Pada fasa ini, modul tersebut turut menjalani penilaian formatif dengan melibatkan pelbagai kategori penilai termasuklah 9 orang pakar, 3 orang pensyarah dan 14 orang pelajar. Ia seterusnya dimurnikan berulang kali berdasarkan komen dan cadangan penilai. Fasa terakhir iaitu fasa pelaksanaan adalah fasa untuk melaksanakan modul dalam kajian sebenar dengan melibatkan 87 orang pelajar dan 3 orang pensyarah. Penilaian pada fasa ini adalah untuk melihat aspek kebolehgunaan dan tahap motivasi serta minat pelajar ketika menggunakan modul ini. Dapatan melaporkan tahap kebolehgunaan modul yang meliputi kandungan, reka bentuk, pembelajaran teradun, pembelajaran kendiri dan kemudahgunaan adalah tinggi. Pelajar mengakui modul adalah menarik, mudah difahami, membantu meningkatkan penguasaan bahasa Arab dan membantu melancarkan sebutan bahasa Arab dengan betul. Modul juga telah dapat menarik minat pelajar dan memberi motivasi untuk mengikuti pembelajaran bahasa Arab berasaskan pembelajaran teradun . Selain modul yang interaktif dan efektif berjaya dibangunkan, tatacara pembangunan modul yang sistematik turut dihuraikan secara terperinci agar dapat dijadikan panduan untuk kajian seterusnya. Kajian ini turut memberi implikasi dan sumbangan kepada pihak-pihak yang berkepentingan terutama dalam aspek pembangunan bahan berasaskan teknologi khasnya pendekatan pembelajaran teradun dalam P&P bahasa Arab.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 382 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97183+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 518.39 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.