Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487870
Title: Persepsi pensyarah dan pelajar terhadap pelaksanaan kursus Kemahiran Insaniah di politeknik
Authors: Isdawati Ismail (P51001)
Supervisor: Abdul Razaq Ahmad, Prof. Madya Dato' Dr.
Keywords: Insaniah
Pensyarah
Pelajar
Politeknik
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 21-Aug-2017
Description: Kajian ini meninjau persepsi pensyarah dan pelajar di Politeknik terhadap pengaruh persekitaran akademik terhadap pelaksanaan kursus Kemahiran Insaniah serta kesannya kepada penguasaan kemahiran insaniah pelajar. Persekitaran akademik dalam kajian ini adalah berlandaskan kepada Teori Sistem Ekologi (Bronfrenbrenner, 1917, 1994) yang memfokuskan kepada lapisan mikrosistem. Perlaksanaan kursus Kemahiran Insaniah pula adalah berdasarkan Teori Interaksi Sosial (Johnson, 1988), manakala Kemahiran Insaniah adalah merujuk kepada model Kementerian Pengajian Tinggi (2009). Kemahiran insaniah dalam kajian ini adalah berkaitan dengan aspek perkembangan personaliti, kemahiran komunikasi, kemahiran pengurusan, kemahiran kepimpinan, kemahiran penulisan dan etika profesional melalui yang diterima oleh pensyarah dan perlaksanaan kursus kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar. Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik yang melibatkan sampel seramai 480 orang dan 60 orang pensyarah di politeknik seluruh Malaysia. Hasil kajian rintis menggunakan analisis Cronbach Alpha menunjukkan keseluruhan konstruk berada di tahap kebolehpercayaan tinggi di antara 0.8 dan 0.9. Analisis data menggunakan SPSS 22.0 bagi analisis statistik deskriptif dan inferensi. Hasil dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan tahap persekitaran akademik, pelaksanaan dan kemahiran insaniah dalam kalangan pensyarah dan pelajar politeknik berada pada tahap tinggi dan sederhana tinggi. Analisis MANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan perspektif pensyarah terhadap aspek pelaksanaan dan kemahiran insaniah. Manakala, bagi perspektif pelajar pula menunjukkan terdapat perbezaan aspek kemahiran insaniah berdasarkan jabatan pengajian dan zon. Analisis regresi pula menunjukkan terdapat sumbangan persekitaran akademik (silibus, infrastruktur dan latihan yang diterima pensyarah) sebanyak 47.6 peratus terhadap perlaksanaan kursus kemahiran insaniah dari aspek perkembangan personaliti, kemahiran komunikasi, kemahiran pengurusan, kemahiran kepimpinan, kemahiran penulisan dan etika profesional. Kajian juga mendapati sumbangan aspek perlaksanaan kursus menyumbang sebanyak 37.9 peratus terhadap kemahiran insaniah pelajar. Implikasi kajian menunjukkan bahawa perlaksanaan kemahiran insaniah dalam kalangan pensyarah dan pelajar politeknik adalah tindakan yang lebih spesifik. Pelbagai usaha dan pendekatan perlu dilakukan dari masa ke masa dalam memantapkan kemahiran insaniah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 229
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97179+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
551.76 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.