Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487867
Title: | Elemen Kompetensi Pelbagai Budaya dalam pengajaran dan pembelajaran bagi guru sejarah |
Authors: | Nurhijrah Zakaria (P59251) |
Supervisor: | Zuria Mahmud, Prof. Dr. |
Keywords: | Guru Sejarah Pengajaran dan pembelajaran Budaya Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 8-May-2017 |
Description: | Kepelbagaian budaya di sekolah merupakan satu cabaran kepada guru Sejarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran(P&P) dan proses mendidik pelajar pelbagai kaum dalam interaksi sosial. Kajian ini bertujuan mendapatkan satu petunjuk kepada Kompetensi Pelbagai Budaya (KPB) dalam P&P bagi guru Sejarah. Elemen ini boleh dijadikan rujukan dalam mendidik dan menguruskan pelajar pelbagai budaya di sekolah. Kajian penerokaan secara kualitatif dibuat untuk mendapatkan elemen KPB dalam P&P bagi guru Sejarah melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Peserta kajian terdiri daripada 11 orang pakar bidang Sejarah dan Pendidikan Pelbagai Budaya, 23 guru Sejarah lapan kumpulan fokus pelajar dan 14 dokumen pendidikan yang dipilih berdasarkan pensampelan bertujuan. Teori-teori KPB dan Model Lima Dimensi digunakan sebagai kerangka rujukan asas untuk mendapatkan dimensi-dimensi KPB. Tema-tema yang muncul dianalisis melalui analisis perbandingan berterusan dengan menggunakan perisian Atlas.ti versi 7.5.10. Semakan peserta kajian, triangulasi, jejak audit dan Indeks Pekali Cohen Kappa digunakan untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan data kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan KPB dapat membantu guru Sejarah memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai kaum, membina hubungan guru dan pelajar lebih positif, meningkatkan keberkesanan proses P&P, menyesuaikan diri dengan masyarakat pelbagai budaya dan memahami kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia. KPB dalam P&P bagi guru Sejarah dapat dikenalpasti melalui dimensi pengetahuan dan kefahaman, kesedaran, sikap, kemahiran dan pewatakan peribadi guru. Tema-tema daripada setiap dimensi dijadikan elemen KPB dalam P&P bagi guru Sejarah. Julat Antara Kuartal(JAK) digunakan untuk mendapatkan kesepakatan daripada lima orang pakar terhadap elemen KPB dalam P&P bagi guru Sejarah yang dibina. Kajian ini mencadangkan Elemen Kompetensi Pelbagai Budaya dalam P&P bagi guru Sejarah digunakan sebagai panduan kepada guru Sejarah dalam mendidik dan menguruskan pelajar pelbagai budaya dan juga memperbaiki standard kompetensi profesionalisme guru Sejarah di Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 541 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97176+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 684.3 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.