Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487860
Title: Pengaruh motif, halangan dan komitmen terhadap penglibatan pelajar menengah atas dalam aktiviti Pendidikan Jasmani di Semenanjung Malaysia
Authors: Wan Azlan Wan Ismail (P68529)
Supervisor: Tajul Arifin Muhamad, Prof. Madya Dr.
Keywords: Pendidikan Jasmani
Sekolah
Motif
Halangan
Komitmen
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 3-Jul-2017
Description: Pendidikan Jasmani merupakan subjek wajib di sekolah menengah dan rendah di Malaysia. Namun begitu, kebanyakan pelajar yang belajar di peringkat menengah atas tidak sepenuhnya melibatkan diri secara aktifdalam aktiviti Pendidikan Jasmani atas pelbagai alasan.Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau pengaruh motif, halangan dan komitmen terhadap penglibatan pelajar menengah atas dalam aktiviti Pendidikan Jasmani berdasarkan jantina, lokasi sekolah dan pengalaman sukan. Jumlah sampel kajian adalah seramai 1703 orang dari 40 buah sekolah, terdiri daripada 856 orang pelajar lelaki dan 847 pelajar perempuan di Semenanjung Malaysia.Kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif dan soal selidik merupakan instrumen utama kajian. Soal selidik kajiantelah diuji dan mempunyai kesahihan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif (peratusan, min, sisihan piawai) dan inferensi (ujian-t, ANOVA sehala, korelasi Pearson, regresi berganda) bagi menguji hipotesis kajian. Hasil analisis menunjukkan tahap motif, halangan, komitmen dan penglibatan adalah tinggi. Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina dan lokasi sekolah bagi konstruk motif serta komitmen, kecuali halangan terhadap penglibatan. Ujian ANOVAsehala menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara motif dan komitmen kecuali halangan terhadap penglibatan berdasarkan pengalaman sukan. Ujian korelasimenunjukkan bahawa wujud hubungan signifikan positif yang tinggi antara komitmen dengan penglibatan. Hubungan signifikan yang sederhana tinggi antara motif dengan penglibatan, tetapi hubungan signifikan yang rendah antara halangan dengan penglibatan.Analisis regresi berganda menunjukkan sumbangan komitmen terhadap penglibatan pelajar adalah positif. Kajian ini mendapati komitmen pelajar merupakan penyumbang utama terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti Pendidikan Jasmani.Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa pengaruh motif, halangan dan komitmen pelajar dalam aktiviti Pendidikan Jasmani yang dikaji merupakan faktor asas dalam meningkatkan penglibatan pelajar di sekolah menengah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 304
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97161+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
171.06 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.