Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487854
Title: Peranan persekitaran sosial dan tanggungjawab dalam membentuk identiti diri remaja
Authors: Ahmad Fuad Mohamad Amin (P68536)
Supervisor: Ruslin Amir, Dr.
Keywords: Remaja
Identiti
Sosial
Tanggungjawab
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 26-Aug-2016
Description: Konflik identiti dalam kalangan remaja berkait rapat dengan pengaruh persekitaran sosial dan nilai tanggungjawab dalam diri remaja. Kajian tinjauan ini dijalankan bertujuan untuk meninjau profil identiti diri remaja berdasarkan persekitaran sosial dan tanggungjawab. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sumbangan persekitaran sosial dan tanggungjawab terhadap identiti diri serta melihat sama ada tanggungjawab berperanan sebagai pengantara kepada hubungan antara persekitaran sosial dengan identiti diri remaja. Kajian ini juga dijalankan bagi meninjau perbezaan tahap persekitaran sosial, tanggungjawab dan identiti diri remaja berdasarkan faktor demografi. Seramai 807 orang pelajar dari 22 buah SMK di seluruh negeri Johor dipilih sebagai sampel kajian melalui teknik secara rawak berstrata. Data kajian diperoleh melalui edaran soal selidik dan dianalisis secara deskriptif serta inferensi. Hasil analisis deskriptif mendapati skor min persekitaran sosial, tanggungjawab, identiti pencapaian dan moratorium berada pada tahap yang tinggi, manakala identiti penyerakan dan difusi berada pada tahap yang sederhana. Keputusan analisis Kluster K-Mean menunjukkan majoriti remaja berada dalam kelompok identiti penyerakan. Analisis MANOVA mendapati terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap persekitaran sosial dan tanggungjawab berdasarkan jantina dan umur. Analisis Ujian-t pula mendapati terdapat perbezaan yang signifikan tahap identiti difusi berdasarkan jantina, identiti pencapaian, moratorium dan difusi berdasarkan umur dan identiti moratorium berdasarkan lokasi sekolah. Analisis regresi juga menunjukkan persekitaran sosial dan tanggungjawab menyumbang secara signifikan ke atas identiti diri remaja. Keputusan bagi analisis laluan menunjukkan tanggungjawab berperanan sebagai pengantara yang signifikan antara persekitaran sosial dengan identiti pencapaian, penyerakan dan difusi. Kajian ini memberi kefahaman bahawa persekitaran sosial dan tanggungjawab memainkan peranan penting terhadap pembentukan identiti diri remaja. Diharapkan profil identiti yang dicadangkan daripada hasil kajian ini dapat membantu ibu bapa dan para pendidik untuk melaksanakan intervensi dan pengayaan bagi melahirkan remaja yang mempunyai identiti diri positif.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 413
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96964+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
551.99 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.