Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487632
Title: Strategi pelaksanaan dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan penilaian modul kerohanian di penjara Sandakan
Authors: Saifulazry Mokhtar (P47275)
Supervisor: Ideris Endot, Dr.
Keywords: Strategi pelaksanaan dakwah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah
JHEAINS
Modul kerohanian
Penjara Sandakan
Daʻwah (Islam)
Issue Date: 30-Jun-2014
Description: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) merupakan sebuah agensi jabatan negeri yang ditubuhkan di bawah Jabatan Ketua Menteri Sabah. Penubuhannya adalah selari dengan penyebaran risalah dakwah Islamiah terhadap seluruh lapisan masyarakat termasuk banduan di Penjara Sandakan, Sabah. Namun, pelaksanaan dakwah kepada banduan di Penjara Sandakan memerlukan strategi kerohanian yang sesuai dengan latar belakang mereka. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti strategi pelaksanaan dakwah JHEAINS, menganalisis Modul Kerohanian Jabatan Penjara Malaysia dan menilai pendekatan dakwah di Penjara Sandakan. Melalui kajian tinjauan, seramai 30 orang banduan dipilih secara mudah bagi mendapatkan cadangan dan pandangan yang bernas dalam menjayakan dakwah Islamiah di kalangan banduan khususnya di peringkat Halaqah. Pengumpulan data dilakukan melalui kaedah temu bual berstruktur dan temu bual separa struktur dan seterusnya di analisis dengan menggunakan pendekatan analisis deskriptif. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) lebih terlibat secara langsung dalam melaksanakan dakwah di penjara. Manakala pihak JHEAINS dan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bertindak sebagai agen pelaksana dasar tersebut. Untuk menyelaraskan pelaksanaan dakwah tersebut, pihak penjara Sandakan telah merangka satu Modul Kerohanian dalam proses pembelajaran bagi banduan di peringkat Halaqah. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa Modul Kerohanian tersebut memerlukan perancangan dan penggubalan semula silibus supaya sejajar dengan potensi dan kebolehan banduan. Seterusnya kajian ini mendapati bahawa pendekatan dakwah yang digunakan oleh JHEAINS dan pihak Penjara Sandakan untuk mendidik banduan ialah Dacwah bi al-Nafs, Dacwah Fardiyyah, Dacwah bi al-Ḥāl, Dacwah al-cĀm dan Dacwah bi al-Risālah. Strategi pelaksanaan dakwah menggunakan Modul Kerohanian yang dijalankan oleh JHEAINS terhadap banduan penjara ini memberi implikasi yang besar khususnya kepada pegawai penjara dan para pendakwah dalam menyebarkan dakwah Islamiah.,PhD
Pages: 346
Call Number: BP170.85 .S238 2014
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74825+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.35 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.