Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487632
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ideris Endot, Dr. | |
dc.contributor.author | Saifulazry Mokhtar (P47275) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T08:06:50Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T08:06:50Z | - |
dc.date.issued | 2014-06-30 | |
dc.identifier.other | ukmvital:74825 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487632 | - |
dc.description | Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) merupakan sebuah agensi jabatan negeri yang ditubuhkan di bawah Jabatan Ketua Menteri Sabah. Penubuhannya adalah selari dengan penyebaran risalah dakwah Islamiah terhadap seluruh lapisan masyarakat termasuk banduan di Penjara Sandakan, Sabah. Namun, pelaksanaan dakwah kepada banduan di Penjara Sandakan memerlukan strategi kerohanian yang sesuai dengan latar belakang mereka. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti strategi pelaksanaan dakwah JHEAINS, menganalisis Modul Kerohanian Jabatan Penjara Malaysia dan menilai pendekatan dakwah di Penjara Sandakan. Melalui kajian tinjauan, seramai 30 orang banduan dipilih secara mudah bagi mendapatkan cadangan dan pandangan yang bernas dalam menjayakan dakwah Islamiah di kalangan banduan khususnya di peringkat Halaqah. Pengumpulan data dilakukan melalui kaedah temu bual berstruktur dan temu bual separa struktur dan seterusnya di analisis dengan menggunakan pendekatan analisis deskriptif. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) lebih terlibat secara langsung dalam melaksanakan dakwah di penjara. Manakala pihak JHEAINS dan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bertindak sebagai agen pelaksana dasar tersebut. Untuk menyelaraskan pelaksanaan dakwah tersebut, pihak penjara Sandakan telah merangka satu Modul Kerohanian dalam proses pembelajaran bagi banduan di peringkat Halaqah. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa Modul Kerohanian tersebut memerlukan perancangan dan penggubalan semula silibus supaya sejajar dengan potensi dan kebolehan banduan. Seterusnya kajian ini mendapati bahawa pendekatan dakwah yang digunakan oleh JHEAINS dan pihak Penjara Sandakan untuk mendidik banduan ialah Dacwah bi al-Nafs, Dacwah Fardiyyah, Dacwah bi al-Ḥāl, Dacwah al-cĀm dan Dacwah bi al-Risālah. Strategi pelaksanaan dakwah menggunakan Modul Kerohanian yang dijalankan oleh JHEAINS terhadap banduan penjara ini memberi implikasi yang besar khususnya kepada pegawai penjara dan para pendakwah dalam menyebarkan dakwah Islamiah.,PhD | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Strategi pelaksanaan dakwah | |
dc.subject | Jabatan Hal Ehwal Agama Islam | |
dc.subject | Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah | |
dc.subject | JHEAINS | |
dc.subject | Modul kerohanian | |
dc.subject | Penjara Sandakan | |
dc.subject | Daʻwah (Islam) | |
dc.title | Strategi pelaksanaan dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan penilaian modul kerohanian di penjara Sandakan | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 346 | |
dc.identifier.callno | BP170.85 .S238 2014 | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74825+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.35 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.