Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487422
Title: | Tahap penguasaan ilmu nahu dalam kalangan guru-guru Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) |
Authors: | Hazrul Affendi Mohmad Razali (P56657) |
Supervisor: | Zamri Arifin, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Bahasa Arab Arabic language -- Grammar -- Study and teaching |
Issue Date: | 16-Apr-2017 |
Description: | Kajian ini adalah kajian yang berkaitan dengan ilmu Nahu iaitu ilmu yang membahaskan peraturan bahasa Arab. Dalam sistem pendidikan Malaysia, kurikulum pengajian yang berteraskan bahasa Arab adalah kurikulum Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Dalam proses pengajaran dan pembelajaran STAM, didapati guru kurang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan sering menggunakan bahasa ibunda sewaktu memberikan penerangan kepada pelajar. Dapatan kajian terdahulu menunjukkan bahawa penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan bahasa kedua adalah disebabkan oleh kelemahan tatabahasa dalam kalangan guru. Dalam disiplin ilmu bahasa Arab, tatabahasa merupakan peraturan bahasa yang dibahaskan dalam ilmu Nahu. Justeru, tahap penguasaan ilmu Nahu dalam kalangan guru-guru STAM memerlukan kepada kajian lanjut. Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap penguasaan ilmu Nahu dalam kalangan guru-guru STAM yang merangkumi konstruk pengetahuan, kefahaman dan kemahiran. Kajian ini dilaksanakan di negeri zon utara semenanjung Malaysia yang terdiri daripada negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Kajian kuantitatif ini menggunakan pendekatan deskriptif dan reka bentuknya adalah kajian tinjauan yang melibatkan seramai 184 responden daripada 3 kategori sekolah iaitu Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR). Prosedur pensampelan yang digunakan adalah prosedur pensampelan berlapis. Manakala instrumen pengumpulan data adalah soal selidik dan set ujian tahap penguasaan ilmu Nahu. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Sosial Science (SPSS) versi 15.0 dan perisian PediA versi 3. Hasil kajian mendapati ketekalan dalaman item set ujian tahap penguasaan ilmu Nahu berada pada tahap tinggi. Manakala tahap penguasaan ilmu Nahu dalam kalangan guru-guru STAM berada pada tahap baik. Demikian juga dengan tahap penguasaan ketiga-tiga konstruk yang diukur turut berada pada tahap baik. Kajian turut mendapati topik ilmu Nahu yang paling dikuasai adalah topik Ism Majrur dan topik yang paling rendah tahap penguasaannya adalah Ism Marfuc dan Ism Mansub. Sub topik yang paling dikuasai pula adalah sub topik al-Afcal dan yang paling rendah tahap penguasaannya adalah sub topik al-Mustathna dan al-Munada. Dapatan kajian ini memperkukuhkan teori berkaitan pembinaan kecekapan bahasa kedua yang diketengahkan oleh Krashen dan memperjelaskan keperluan penyeragaman kriteria guru-guru STAM dan juga keperluan mereka kepada kursus pengukuhan bahasa Arab.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 289 |
Call Number: | PJ6106.H349 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98697+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 897.05 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.