Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476211
Title: Corak interaksi maklum balas pelajar : kajian kebolehpercayaan dan kepenggunaan sistem penilaian pengajaran dan penyeliaan di Universiti Kebangsaan Malaysia
Authors: Uswatun binti Bakar (P56092 )
Supervisor: Azizah Jaafar, Prof. Madya Dr.
Keywords: Sistem Penilaian Pengajaran dan Penyeliaan (SPPP)
Issue Date: 2014
Description: Sistem Penilaian Pengajaran dan Penyeliaan (SPPP), adalah sistem yang menilai kualiti pengajaran dan penyeliaan dari perspektif pelajar. Ianya merupakan sistem maklum balas rasmi pelajar yang digunakan untuk menilai kecekapan dan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2008 bagi pengurusan pengajian prasiswazah dan siswazah. Di samping itu, input yang diperoleh daripada pelajar akan digunakan untuk penambahbaikan dan seterusnya meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia secara berterusan. Walaupun maklum balas daripada sistem ini dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti program, namun isu kepenggunaan dalam aspek keberkesanan dan kecekapan reka bentuk beserta dengan isu kebolehpercayaan input dan maklum balas daripada para pelajar adalah sangat meragukan. Sehubungan dengan itu, kajian terhadap isu-isu ini dikaji agar penambahbaikan terhadap sistem ini dapat dilakukan. Kajian ini menggunakan kaedah triangulasi yang merupakan integrasi daripada tiga teknik; iaitu kaji selidik, pemerhatian menerusi teknologi penjejakan mata dan temu bual yang dijalankan ke atas sampel yang terdiri daripada 30 orang pelajar dari Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 17.0. Corak interaksi, masalah kepenggunaan dan tahap kebolehpercayaan maklum balas pelajar telah dikenalpasti di akhir kajian. Berdasarkan kepada dapatan kajian, mendapati tahap kesahihan dan kebolehpercayaan input maklum balas pelajar berada pada tahap yang lemah, manakala tahap kepenggunaan sistem penilaian dari aspek ketidakcekapan (min=3.93) dan ketidakberkesanan (min=3.97). Kesimpulannya, sebuah reka bentuk antara muka baru sistem akan diperkenalkan beserta dengan cadangan garis panduan reka bentuk. Cadangan ini dijangka membantu pihak universiti untuk menambahbaik kepenggunaan Sistem Penilaian Pengajaran dan Penyeliaan yang sedia ada.,Master/Sarjana
Pages: 216
Call Number: QA76.27.U859 2014 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75401+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
6.11 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.