Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475639
Title: Seni persembahan tradisional Kelantan : hubungan etnik dan perkongsian seni
Authors: Eyo Leng Yan (P60570)
Supervisor: Ab. Samad Kechot, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Performing arts -- Malaysia -- Kelantan
Kelantan -- Ethnic relations
Kelantan -- Social life and customs
Description: Kajian ini bertujuan mengupas tentang hubungan etnik di Kelantan yang diterjemahkan melalui perkongsian dalam seni persembahan tradisional. Seni persembahan yang menjadi subjek kajian seperti wayang kulit, dikir barat, menora, makyung, main puteri, seni silat dan joget Melayu berfungsi sebagai mekanisme utama dalam merapatkan hubungan masyarakat pelbagai etnik di Kelantan. Melalui kaedah pemerhatian ikut serta di samping temu bual ke atas populasi yang dipilih, kajian ini mengemukakan senario perkongsian yang berlaku dalam seni persembahan tradisional Kelantan yang merangkumi persembahan seni, peranan dan fungsi, amalan dan kepercayaan serta interaksi sosial antara penggiat seni atau peneraju watak, pemuzik, penonton, penganjur, peniaga, petugas dan sebagainya. Kajian ini juga turut mendalami faktor dan kesan perkongsian seni persembahan tradisional tersebut. Dapatan kajian mendapati berlaku silang budaya yang ketara di Kelantan serta tidak wujud polarisasi kaum dalam seni persembahan tradisional. Keadaan ini berlaku disebabkan golongan dominan, iaitu etnik Melayu mengamalkan sikap „keterbukaan‟ dan toleransi dengan golongan minoriti, iaitu etnik Cina dan etnik Siam. Etnik minoriti pula boleh menerima dan menghayati seni warisan budaya Melayu dengan mudah kesan daripada proses asimilasi budaya yang mereka alami. Ketiga-tiga etnik ini bercantum dan bekerjasama dalam menjayakan sesuatu seni persembahan tradisional. Melalui pemaparan konsep „perkongsian‟ dalam seni persembahan tradisional, hasil kajian ini dapat dijadikan mekanisme atau panduan dalam mengekalkan hubungan etnik di Malaysia.,This study aims to examine the issue of ethnic relation in Kelantan, which is translated through the idea of sharing in the traditional performing arts. These art forms under review, such as the wayang kulit, dikir barat, menora, makyung, main puteri, silat and Malay joget serve as the main mechanism in bridging multi-ethnic community relations in Kelantan. Through the methods of close observation alongside intensive interviews on the selected population, this study, which looks into, among other things, the performing arts, role and function, practices and beliefs as well as social interactions between practitioners or leading characters, musicians, audiences, organisers, traders, staff and others, presents a scenario of sharing that occurs in Kelantan‟s traditional performing arts. This study also explores the factors and the impact of this sharing of the traditional performing arts. The study reveals significant cross-cultural appearance in Kelantan as well as the absence of racial polarisation in the traditional performing arts. This situation has occurred due to the dominant ethnic group, i.e. the ethnic Malays‟ practice of „openness‟ and tolerance of ethnic minority groups, namely the ethnic Chinese and Siamese. Meanwhile, the ethnic minorities are also able to accept and appreciate the Malay cultural heritage with ease as a result of the process of cultural assimilation that they experience. All three of these ethnic groups come together and collaborate on putting together a traditional performance. By highlighting the concept of „sharing‟ in traditional performing arts, the results of this study can be used as a mechanism or guidelines in maintaining Malaysia‟s ethnic relations.,Sarjana Falsafah
Pages: 225
Call Number: DS598.K3E976 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.