Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465897
Title: Elemen kewarganegaraan global dalam kurikulum standard sekolah rendah (KSSR) di Semenanjung Malaysia
Authors: Raja Nur Amirah Raja Abu Bakar (P90393)
Supervisor: Sharifah Zarina Syed Zakaria, Prof. Madya Dr.
Keywords: Citizenship -- Study and teaching
World citizenship -- Study and teaching
International education
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 9-Jan-2020
Description: Globalisasi telah menjadikan manusia di seluruh dunia semakin rapat sama ada secara maya atau realiti. Fenomena globalisasi juga telah menarik perhatian orang ramai mengenai cara terbaik untuk menyediakan generasi akan datang sebagai warga dunia global yang aman, adil dan lestari. Salah satu cara yang boleh diaplikasikan adalah dengan mendidik murid melalui pendidikan berdasarkan elemen Kewarganegaraan Global iaitu Tanggungjawab Sosial, Keupayaan Global dan Keterlibatan Sivik. Namun begitu, menjadi cabaran besar bagi pelbagai pihak untuk mengubah atau mewujudkan konsep yang baharu dalam sistem pendidikan di negara ini. Oleh itu, kajian ini mengambil inisiatif untuk mengenal pasti elemen Kewarganegaraan Global yang sedia ada wujud dalam komponen Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) iaitu Kemahiran Abad ke-21, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan Elemen Merentas Kurikulum. Bagi tujuan kajian ini, enam mata pelajaran teras KSSR seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral telah dikaji dengan kaedah analisis dokumen menggunakan perisian Nvivo. Di samping itu, bagi mengukuhkan dapatan kajian ini, penyelidik telah melakukan tinjauan soal selidik mengenai tahap pengetahuan dan persepsi guru sekolah rendah terhadap pelaksanaan pendidikan untuk Kewarganegaraan Global di sekolah. Hasil kajian mendapati setiap mata pelajaran telah mengandungi elemen Kewarganegaraan Global, di mana elemen Keupayaan Global merupakan elemen paling banyak dalam KSSR dan mata pelajaran Pendidikan Moral sebagai mata pelajaran yang paling banyak mengandungi elemen Kewarganegaraan Global. Hasil tinjauan juga mendapati majoriti guru (84.3%) tidak mengetahui tentang konsep pendidikan untuk Kewarganegaraan Global. Walaupun begitu, majoriti responden (60.0%) tetap berpendapat elemen Kewarganegaraan Global perlu diajar di sekolah, sama ada merentas kurikulum atau dalam aktiviti kokurikulum.,Sarjana Sains
Pages: 215
Call Number: LC1091.R336 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118598+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
127.97 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.