Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465897
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Sharifah Zarina Syed Zakaria, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Raja Nur Amirah Raja Abu Bakar (P90393) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-02T04:30:56Z | - |
dc.date.available | 2023-10-02T04:30:56Z | - |
dc.date.issued | 2020-01-09 | |
dc.identifier.other | ukmvital:118598 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465897 | - |
dc.description | Globalisasi telah menjadikan manusia di seluruh dunia semakin rapat sama ada secara maya atau realiti. Fenomena globalisasi juga telah menarik perhatian orang ramai mengenai cara terbaik untuk menyediakan generasi akan datang sebagai warga dunia global yang aman, adil dan lestari. Salah satu cara yang boleh diaplikasikan adalah dengan mendidik murid melalui pendidikan berdasarkan elemen Kewarganegaraan Global iaitu Tanggungjawab Sosial, Keupayaan Global dan Keterlibatan Sivik. Namun begitu, menjadi cabaran besar bagi pelbagai pihak untuk mengubah atau mewujudkan konsep yang baharu dalam sistem pendidikan di negara ini. Oleh itu, kajian ini mengambil inisiatif untuk mengenal pasti elemen Kewarganegaraan Global yang sedia ada wujud dalam komponen Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) iaitu Kemahiran Abad ke-21, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan Elemen Merentas Kurikulum. Bagi tujuan kajian ini, enam mata pelajaran teras KSSR seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral telah dikaji dengan kaedah analisis dokumen menggunakan perisian Nvivo. Di samping itu, bagi mengukuhkan dapatan kajian ini, penyelidik telah melakukan tinjauan soal selidik mengenai tahap pengetahuan dan persepsi guru sekolah rendah terhadap pelaksanaan pendidikan untuk Kewarganegaraan Global di sekolah. Hasil kajian mendapati setiap mata pelajaran telah mengandungi elemen Kewarganegaraan Global, di mana elemen Keupayaan Global merupakan elemen paling banyak dalam KSSR dan mata pelajaran Pendidikan Moral sebagai mata pelajaran yang paling banyak mengandungi elemen Kewarganegaraan Global. Hasil tinjauan juga mendapati majoriti guru (84.3%) tidak mengetahui tentang konsep pendidikan untuk Kewarganegaraan Global. Walaupun begitu, majoriti responden (60.0%) tetap berpendapat elemen Kewarganegaraan Global perlu diajar di sekolah, sama ada merentas kurikulum atau dalam aktiviti kokurikulum.,Sarjana Sains | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Citizenship -- Study and teaching | |
dc.subject | World citizenship -- Study and teaching | |
dc.subject | International education | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Elemen kewarganegaraan global dalam kurikulum standard sekolah rendah (KSSR) di Semenanjung Malaysia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 215 | |
dc.identifier.callno | LC1091.R336 2020 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004626(2020) | |
Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_118598+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 127.97 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.