Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464305
Title: Penggunaan dialek Kelantan dalam komunikasi whatsapp
Authors: Azrizan Abu Bakar (P71747)
Supervisor: Karim Harun, Prof. Madya Dr.
Keywords: Malay language -- dialects -- Kelantan
Language and languages -- Variation
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2-Aug-2022
Abstract: Penggunaan dialek Kelantan dalam konteks lisan amat menonjol. Penggunaan dialek ini menjadi identiti yang menonjolkan keunikan masyarakat Kelantan. Dengan kemunculan media sosial sosial seperti Facebook, WhatsApp, dan Telegram, dialek Kelantan juga digunakan dalam ragam tulisan. Namun, bentuk linguistik dan tahap penggunaan dialek Kelantan dalam media sosial terutamanya WhatsApp masih belum diketahui. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneliti penggunaan dialek Kelantan dalam komunikasi ‘lisan bertulis’ini. Bentuk vokal, konsonan, pemanjangan konsonan serta leksikal dialek Kelantan yang menjadi ciri utama dialek Kelantan serta faktor yang mempengaruhi penggunaan dialek Kelantan dalam aplikasi WhatsApp dibincangkan berdasarkan pendekatan Etnografi Komunikasi. Lapan komponen grid speaking dianalisis iaitu, latar, peserta, tujuan komunikasi, urutan lakuan, ragam, saluran komunikasi, norma dan genre. Informan kajian ini berjumlah 88 orang yang diambil daripada tiga kumpulan WhatsApp yang berbeza dari segi peringkat umur dan status sosial. Kajian ini mendapati bahawa sebutan dalam dialek Kelantan dalam komunikasi lisan bagi vokal ditulis dalam pelbagai bentuk, iaitu /or/, /ow/, dan /oe/ manakala vokal pula ditulis sebagai /ea/, /ae/ dan /ey/. Bunyi konsonan akhir ditulis bervariasi menjadi /p/ dan /t/, manakala konsonan nasal dalam dialek Kelantan lisan ditulis bervariasi kepada /m/ dan /n/ pada akhir kata. Dalam komunikasi WhatsApp ini turut ditemukan penggunaan fonem /r/ pada akhir kata seperti /x sir/, /sor/ walaupun bentuk ini tidak wujud dalam komunikasi lisan. Selain itu /r/ turut bervariasi dengan /gh/ pada awal dan tengah kata seperti /ghoyat/ dan /jenegho/ yang dikaitkan dengan keinginan informan untuk melisankan tulisan. Selain itu, pemanjangan konsonan ditanda bukan sahaja pada awal kata tetapi juga pada tengah kata seperti /mmecok/ dan /dekki/. Kajian turut mendapati bahawa kata khusus dialek Kelantan seperti ork, kupik, blawok, jo’ong juga digunakan dalam ketiga-tiga kumpulan WhatsApp. Penggunaan dialek Kelantan dalam WhatsApp ini dipengaruhi oleh faktor latar, peserta, tujuan dan ragam serta digunakan bagi semua peringkat umur dan status sosial informan. Aplikasi WhatsApp akan menjadi pemangkin penyebaran dialek Kelantan melalui media baharu. Justeru komunikasi melalui WhatsApp ini mampu mengekalkan dan menyuburkan dialek Kelantan yang menjadi warisan budaya dan identiti masyarakat tersebut.
Notes: Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”
Pages: 345
Call Number: PL5094.5.A997 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Azrizan Abu Bakar terkini.pdf
  Restricted Access
partial448.38 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.