Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464305
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKarim Harun, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorAzrizan Abu Bakar (P71747)-
dc.date.accessioned2023-09-27T00:29:53Z-
dc.date.available2023-09-27T00:29:53Z-
dc.date.issued2022-08-02-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464305-
dc.description.abstractPenggunaan dialek Kelantan dalam konteks lisan amat menonjol. Penggunaan dialek ini menjadi identiti yang menonjolkan keunikan masyarakat Kelantan. Dengan kemunculan media sosial sosial seperti Facebook, WhatsApp, dan Telegram, dialek Kelantan juga digunakan dalam ragam tulisan. Namun, bentuk linguistik dan tahap penggunaan dialek Kelantan dalam media sosial terutamanya WhatsApp masih belum diketahui. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneliti penggunaan dialek Kelantan dalam komunikasi ‘lisan bertulis’ini. Bentuk vokal, konsonan, pemanjangan konsonan serta leksikal dialek Kelantan yang menjadi ciri utama dialek Kelantan serta faktor yang mempengaruhi penggunaan dialek Kelantan dalam aplikasi WhatsApp dibincangkan berdasarkan pendekatan Etnografi Komunikasi. Lapan komponen grid speaking dianalisis iaitu, latar, peserta, tujuan komunikasi, urutan lakuan, ragam, saluran komunikasi, norma dan genre. Informan kajian ini berjumlah 88 orang yang diambil daripada tiga kumpulan WhatsApp yang berbeza dari segi peringkat umur dan status sosial. Kajian ini mendapati bahawa sebutan dalam dialek Kelantan dalam komunikasi lisan bagi vokal ditulis dalam pelbagai bentuk, iaitu /or/, /ow/, dan /oe/ manakala vokal pula ditulis sebagai /ea/, /ae/ dan /ey/. Bunyi konsonan akhir ditulis bervariasi menjadi /p/ dan /t/, manakala konsonan nasal dalam dialek Kelantan lisan ditulis bervariasi kepada /m/ dan /n/ pada akhir kata. Dalam komunikasi WhatsApp ini turut ditemukan penggunaan fonem /r/ pada akhir kata seperti /x sir/, /sor/ walaupun bentuk ini tidak wujud dalam komunikasi lisan. Selain itu /r/ turut bervariasi dengan /gh/ pada awal dan tengah kata seperti /ghoyat/ dan /jenegho/ yang dikaitkan dengan keinginan informan untuk melisankan tulisan. Selain itu, pemanjangan konsonan ditanda bukan sahaja pada awal kata tetapi juga pada tengah kata seperti /mmecok/ dan /dekki/. Kajian turut mendapati bahawa kata khusus dialek Kelantan seperti ork, kupik, blawok, jo’ong juga digunakan dalam ketiga-tiga kumpulan WhatsApp. Penggunaan dialek Kelantan dalam WhatsApp ini dipengaruhi oleh faktor latar, peserta, tujuan dan ragam serta digunakan bagi semua peringkat umur dan status sosial informan. Aplikasi WhatsApp akan menjadi pemangkin penyebaran dialek Kelantan melalui media baharu. Justeru komunikasi melalui WhatsApp ini mampu mengekalkan dan menyuburkan dialek Kelantan yang menjadi warisan budaya dan identiti masyarakat tersebut.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationSocial Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMalay language -- dialects -- Kelantanen_US
dc.subjectLanguage and languages -- Variationen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePenggunaan dialek Kelantan dalam komunikasi whatsappen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notesTesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”en_US
dc.format.pages345en_US
dc.identifier.callnoPL5094.5.A997 2022 tesisen_US
dc.identifier.barcode007076en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Azrizan Abu Bakar terkini.pdf
  Restricted Access
partial448.38 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.