Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463554
Title: | Tandatangan proksi berasaskan masalah sukar berganda |
Authors: | Maslan Mat Isa (P63337) |
Supervisor: | Eddie Shahril Ismail, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Tandatangan proksi Pemalsuan tandatangan Tandatangan digital al-Khwarizmi polinomial Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 8-May-2015 |
Description: | Tesis ini memfokuskan kepada salah satu tandatangan digital fungsi (TDF) iaitu tandatangan digital proksi (TDP). TDP membenarkan penandatangan asal mewakilkan hak menandatangan kepada proksi. TDP dengan pembatalan pula mempunyai ciri tambahan lain iaitu penandatangan asal boleh membatalkan tandatangan jika berlaku pemalsuan tandatangan. Keselamatan TDP sedia ada dibangunkan berasaskan kepada masalah sukar nombor-teoritikal tunggal seperti masalah pemfaktoran (MP), logaritma diskrit (MLD) dan reja kuadratik (MRK). Walaupun skema ini masih kebal, pada masa hadapan skema tersebut tidak lagi selamat jika musuh berjaya memperoleh al-Khwarizmi polinomial yang dapat menyelesaikan masalah sukar yang didasari skema. Maka, strategi untuk menghalang senario ini berlaku adalah melalui pembangunan TDP berasaskan masalah sukar nombor-teoritikal berganda, dan inilah tujuan utama tesis ini. Dalam tesis ini, dibangunkan dua skema TDP iaitu TDP dengan pembatalan berasaskan MP dan MLD dan TDP ambangan berasaskan MLD dan MRK. Melalui kriptanalisis yang telah dijalankan, dua skema TDP ini berupaya menyediakan aras keselamatan yang lebih tinggi berbanding skema TDP berasaskan masalah sukar tunggal kerana musuh perlu menyelesaikan masalah sukar berganda secara serentak dan kebarangkalian ianya berlaku adalah sangat rendah. Sekiranya musuh memperoleh penyelesaian al-Khwarizmi polinomial kepada satu daripada masalah sukar berganda, keselamatan TDP yang dibina masih kebal kerana musuh perlu mendapatkan penyelesaian bagi satu lagi masalah sukar yang mendasarinya. Kecekapan skema pula diukur berdasarkan operasi kekompleksan masa bagi setiap al-Khwarizmi skema dan hasil mendapati ianya cekap di dalam kelasnya dengan hanya memerlukan pengiraan kekompleksan dan kos komunikasi yang minimum dan rendah dalam kedua-dua al-Khwarizmi menandatangan dan mengesah tandatangan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 99 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84128+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 332.58 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.