Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463554
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorEddie Shahril Ismail, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorMaslan Mat Isa (P63337)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:29:08Z-
dc.date.available2023-09-25T09:29:08Z-
dc.date.issued2015-05-08
dc.identifier.otherukmvital:84128
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463554-
dc.descriptionTesis ini memfokuskan kepada salah satu tandatangan digital fungsi (TDF) iaitu tandatangan digital proksi (TDP). TDP membenarkan penandatangan asal mewakilkan hak menandatangan kepada proksi. TDP dengan pembatalan pula mempunyai ciri tambahan lain iaitu penandatangan asal boleh membatalkan tandatangan jika berlaku pemalsuan tandatangan. Keselamatan TDP sedia ada dibangunkan berasaskan kepada masalah sukar nombor-teoritikal tunggal seperti masalah pemfaktoran (MP), logaritma diskrit (MLD) dan reja kuadratik (MRK). Walaupun skema ini masih kebal, pada masa hadapan skema tersebut tidak lagi selamat jika musuh berjaya memperoleh al-Khwarizmi polinomial yang dapat menyelesaikan masalah sukar yang didasari skema. Maka, strategi untuk menghalang senario ini berlaku adalah melalui pembangunan TDP berasaskan masalah sukar nombor-teoritikal berganda, dan inilah tujuan utama tesis ini. Dalam tesis ini, dibangunkan dua skema TDP iaitu TDP dengan pembatalan berasaskan MP dan MLD dan TDP ambangan berasaskan MLD dan MRK. Melalui kriptanalisis yang telah dijalankan, dua skema TDP ini berupaya menyediakan aras keselamatan yang lebih tinggi berbanding skema TDP berasaskan masalah sukar tunggal kerana musuh perlu menyelesaikan masalah sukar berganda secara serentak dan kebarangkalian ianya berlaku adalah sangat rendah. Sekiranya musuh memperoleh penyelesaian al-Khwarizmi polinomial kepada satu daripada masalah sukar berganda, keselamatan TDP yang dibina masih kebal kerana musuh perlu mendapatkan penyelesaian bagi satu lagi masalah sukar yang mendasarinya. Kecekapan skema pula diukur berdasarkan operasi kekompleksan masa bagi setiap al-Khwarizmi skema dan hasil mendapati ianya cekap di dalam kelasnya dengan hanya memerlukan pengiraan kekompleksan dan kos komunikasi yang minimum dan rendah dalam kedua-dua al-Khwarizmi menandatangan dan mengesah tandatangan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectTandatangan proksi
dc.subjectPemalsuan tandatangan
dc.subjectTandatangan digital
dc.subjectal-Khwarizmi polinomial
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleTandatangan proksi berasaskan masalah sukar berganda
dc.typetheses
dc.format.pages99
dc.identifier.barcode002475(2016)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84128+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
332.58 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.