Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460722
Title: | Penilaian tahap konsentrasi bau dari operasi loji rawatan kumbahan di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan |
Authors: | Mohd Rozaimi Ariffin (P67517) |
Supervisor: | Zaini Sakawi, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Pencemaran bau Loji rawatan kumbahan Kualiti udara Bandar Baru Nilai Negeri Sembilan Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 2015 |
Description: | Pencemaran bau dari operasi loji rawatan sisa kumbahan (WTP) merupakan masalah alam sekitar yang mengganggu penerima sensitif di sekitarannya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengukur dan meneliti faktor yang mempengaruhi konsentrasi bau, seterusnya menganalisis impak operasi WTP ke atas penerima sensitif dan menghasilkan pengurusan operasi WTP yang lestari. Konsentrasi bau diukur menggunakan Odour Concentration Meter Xp-329 III Series. Sementara gas Hidrogen Sulfida (H2S) menggunakan Toxic Gas Monitor Series (TG-501). Ciri meteorologi sekitaran diukur menggunakan Mini Thermo Anemometerdi setiap titik persampelan di mana pengukuran dilakukan pada waktu pagi, petang dan malam mengikut hari biasa dan selepas hujan berdasarkan 18 stesen. Kajian persepsi pula melibatkan pengedaran borang soal selidik secara purposif terhadap responden di sekitar WTP Taman Semarak (100 borang) dan Desa Cempaka (86 borang). Data dianalisis menggunakan aplikasi SPSS dan Geostatistik. Dapatan kajian menunjukkan konsentrasi bau melebihi piawaian (2ou/m3) yang ditetapkan pada semua waktu dan masa yang berbeza. Sementara, purata konsentrasi gas Hidrogen Sulfida (H2S) adalah kurang dan menepati piawaian (0.02ppm) yang ditetapkan kecuali pada waktu pagi selepas hujan yang melebihi 0.02ppm. Seterusnya, dapatan kajian secara persepsi terhadap impak bau menunjukkan operasi WTP mempengaruhi ketenangan (52%), kesihatan (17.2%), psikologi (44.4%) dan fisiologi (31.2%) penerima sensitif. Bagi aspek pengurusan, beberapa cadangan penambahbaikan pengurangan impak dan konsentrasi bau telah dikenalpasti seperti jarak kritikal, tumbuhan penampan, sistem pamantauan dan menyediakan penutup WTP. Keseluruhannya, kajian ini dapat menyumbang kepada pengurusan bau yang efektif di Malaysia dan sebagai garis panduan kepada pihak berkuasa tempatan dalam menguruskan masalah kualiti udara (bau) yang lebih efisien dan sistematik.,Sarjana Falsafah |
Pages: | 189 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81794+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 6.97 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.