Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460722
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZaini Sakawi, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorMohd Rozaimi Ariffin (P67517)
dc.date.accessioned2023-09-20T03:49:21Z-
dc.date.available2023-09-20T03:49:21Z-
dc.date.issued2015
dc.identifier.otherukmvital:81794
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460722-
dc.descriptionPencemaran bau dari operasi loji rawatan sisa kumbahan (WTP) merupakan masalah alam sekitar yang mengganggu penerima sensitif di sekitarannya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengukur dan meneliti faktor yang mempengaruhi konsentrasi bau, seterusnya menganalisis impak operasi WTP ke atas penerima sensitif dan menghasilkan pengurusan operasi WTP yang lestari. Konsentrasi bau diukur menggunakan Odour Concentration Meter Xp-329 III Series. Sementara gas Hidrogen Sulfida (H2S) menggunakan Toxic Gas Monitor Series (TG-501). Ciri meteorologi sekitaran diukur menggunakan Mini Thermo Anemometerdi setiap titik persampelan di mana pengukuran dilakukan pada waktu pagi, petang dan malam mengikut hari biasa dan selepas hujan berdasarkan 18 stesen. Kajian persepsi pula melibatkan pengedaran borang soal selidik secara purposif terhadap responden di sekitar WTP Taman Semarak (100 borang) dan Desa Cempaka (86 borang). Data dianalisis menggunakan aplikasi SPSS dan Geostatistik. Dapatan kajian menunjukkan konsentrasi bau melebihi piawaian (2ou/m3) yang ditetapkan pada semua waktu dan masa yang berbeza. Sementara, purata konsentrasi gas Hidrogen Sulfida (H2S) adalah kurang dan menepati piawaian (0.02ppm) yang ditetapkan kecuali pada waktu pagi selepas hujan yang melebihi 0.02ppm. Seterusnya, dapatan kajian secara persepsi terhadap impak bau menunjukkan operasi WTP mempengaruhi ketenangan (52%), kesihatan (17.2%), psikologi (44.4%) dan fisiologi (31.2%) penerima sensitif. Bagi aspek pengurusan, beberapa cadangan penambahbaikan pengurangan impak dan konsentrasi bau telah dikenalpasti seperti jarak kritikal, tumbuhan penampan, sistem pamantauan dan menyediakan penutup WTP. Keseluruhannya, kajian ini dapat menyumbang kepada pengurusan bau yang efektif di Malaysia dan sebagai garis panduan kepada pihak berkuasa tempatan dalam menguruskan masalah kualiti udara (bau) yang lebih efisien dan sistematik.,Sarjana Falsafah
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectPencemaran bau
dc.subjectLoji rawatan kumbahan
dc.subjectKualiti udara
dc.subjectBandar Baru Nilai
dc.subjectNegeri Sembilan
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePenilaian tahap konsentrasi bau dari operasi loji rawatan kumbahan di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan
dc.typetheses
dc.format.pages189
dc.identifier.barcode002269(2016)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81794+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.97 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.