Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460686
Title: | Hubungan di antara cara gaya keibubapaan dan temperamen dengan masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak |
Authors: | Nellie binti Ismail (P 46798) |
Supervisor: | Khaidzir Ismail, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Hubungan Keibubapaan Temperamen Tingkah laku Kanak-kanak Parenting -- Malaysia |
Issue Date: | 5-Nov-2012 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan di antara cara gaya keibubapaan dan temperamen dengan masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak. Untuk tujuan ini, teknik persampelan bertujuan telah digunakan dalam pemilihan responden iaitu seramai 450 orang yang terdiri daripada 150 orang kanak-kanak, 150 orang ibu dan 150 orang bapa. Kanak-kanak yang terlibat dalam kajian ini berumur di antara 10 hingga 11 tahun. Cara gaya keibubapaan telah diukur dengan menggunakan Parenting Styles and Dimensions Questionnaire (PSDQ) manakala temperamen telah diukur dengan menggunakan Emotionality, Activity and Sociability Temperament Survey (EAS). Masalah tingkah laku telah diukur dengan menggunakan Behavior Problem Index (BPI). Kajian ini telah dijalankan di lima buah sekolah rendah di Daerah Sepang, Selangor. Hasil analisis korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan di antara cara gaya keibubapaan autoritarian ibu, cara gaya keibubapaan autoritatif ibu bapa, emosi (laporan kendiri ibu bapa) dan aktiviti (laporan kendiri ibu) dengan masalah tingkah laku. Hasil analisis regresi berganda mendapati bahawa kelima-lima faktor tersebut mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak. Berdasarkan hasil analisis tersebut, cara gaya keibubapaan autoritarian ibu dan cara gaya keibubapaan autoritatif bapa didapati mempunyai pengaruh paling kuat terhadap masalah tingkah laku. Hasil kajian ini memberi implikasi kepada ahli profesional dalam bidang keluarga dan keibubapaan untuk merancang intervensi pencegahan yang efektif di mana aspek dalam kemahiran membina hubungan dan pembentukan disiplin yang seimbang perlu ditekankan kepada ibu bapa. Kajian akan datang disarankan untuk melibatkan guru kelas kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku. Ini dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai bagaimana pandangan guru terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak di sekolah.,Master/Sarjana |
Pages: | 145 |
Call Number: | HQ755.8.N439 2012 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_73411+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.74 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.