Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460686
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhaidzir Ismail, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNellie binti Ismail (P 46798)
dc.date.accessioned2023-09-20T03:48:55Z-
dc.date.available2023-09-20T03:48:55Z-
dc.date.issued2012-11-05
dc.identifier.otherukmvital:73411
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460686-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan di antara cara gaya keibubapaan dan temperamen dengan masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak. Untuk tujuan ini, teknik persampelan bertujuan telah digunakan dalam pemilihan responden iaitu seramai 450 orang yang terdiri daripada 150 orang kanak-kanak, 150 orang ibu dan 150 orang bapa. Kanak-kanak yang terlibat dalam kajian ini berumur di antara 10 hingga 11 tahun. Cara gaya keibubapaan telah diukur dengan menggunakan Parenting Styles and Dimensions Questionnaire (PSDQ) manakala temperamen telah diukur dengan menggunakan Emotionality, Activity and Sociability Temperament Survey (EAS). Masalah tingkah laku telah diukur dengan menggunakan Behavior Problem Index (BPI). Kajian ini telah dijalankan di lima buah sekolah rendah di Daerah Sepang, Selangor. Hasil analisis korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan di antara cara gaya keibubapaan autoritarian ibu, cara gaya keibubapaan autoritatif ibu bapa, emosi (laporan kendiri ibu bapa) dan aktiviti (laporan kendiri ibu) dengan masalah tingkah laku. Hasil analisis regresi berganda mendapati bahawa kelima-lima faktor tersebut mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak. Berdasarkan hasil analisis tersebut, cara gaya keibubapaan autoritarian ibu dan cara gaya keibubapaan autoritatif bapa didapati mempunyai pengaruh paling kuat terhadap masalah tingkah laku. Hasil kajian ini memberi implikasi kepada ahli profesional dalam bidang keluarga dan keibubapaan untuk merancang intervensi pencegahan yang efektif di mana aspek dalam kemahiran membina hubungan dan pembentukan disiplin yang seimbang perlu ditekankan kepada ibu bapa. Kajian akan datang disarankan untuk melibatkan guru kelas kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku. Ini dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai bagaimana pandangan guru terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak di sekolah.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectHubungan
dc.subjectKeibubapaan
dc.subjectTemperamen
dc.subjectTingkah laku
dc.subjectKanak-kanak
dc.subjectParenting -- Malaysia
dc.titleHubungan di antara cara gaya keibubapaan dan temperamen dengan masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak
dc.typetheses
dc.format.pages145
dc.identifier.callnoHQ755.8.N439 2012
dc.identifier.barcode000352
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_73411+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.74 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.